as-salam..
tadi aku ada menonton satu rancangan seorang pakar motivasi terkenal, Dato' Dr Fadhillah Kamsah. Aku pun xsure yang aku tengok tadi ulangan ataupun x..biasa la Astro...aku pun tak faham sangat schedule Astro ni. Apa yang ada aku tengok..

mengenai program ni tajuk Selami Jiwa tu pun dah cukup menarik perhatian bagi aku. Berkesan penyampaian bersama tetamu jemputan.

yang aku tengok hari ni bersama Catriona Rose..seorang artis mek kelate yang cantik manis yang pernah accident teruk satu masa dulu. Dan hari ni beliau dijemput bukan mengenai accident tapi mengenai TUDUNG!! tudung adalah satu fesyen ataupun tuntutan agama.. 

alkisah Kat start bertudung pada 16 July yang lalu. Masa tu beliau menemani teman2nya ke butik untuk membeli tudung. Dek kerana bosan menunggu kawan2nya memilih tudung, Kat mengambil satu tudung dan mencuba. 

Tiba-tiba dia rasakan yang seperti angin yang menyeru di dalam hatinya. Kat jadi takut lalu membuang tudung tersebut cepat2 dari kepalanya. Apabila melihat perubahan di wajah Kat kawan2 mula bertanya. Kat menyatakan hasratnya mahu bertudung lalu diketawakan. Kat turut ketawa tetapii dalam hatinya ada sesuatu..beliau yakin, Allah menyeru namanya..memberi hidayah kepadanya.

Balik je ke rumah Kat menangis sendiri. Suami beliau outstation. So kat rumah ada Kat & anaknya sahaja. Kat nekad mahu bertudung.

Kat nak keluar rumah lalu mencari tudung tetapi tak jumpa. yang ada hanya selendang. Kat tefon kawan baiknya untuk meminjam tudung. Seperti tak percaya namun kawannya menyuruh kat ke rumahnya untuk mengambil tudung. Kat dan kawannya ke Butik lalu kawannya menhadiahkan beliau tudung yang pertama :)

balik je rumah suami dah ada. Kat masuk bersama anak. Apabila Kat masuk suaminya terpegun dengan sedikit ternganga melihat isteri kesayangannya. Lalu beliau mengucup dahi isteri dan memeluknya penuh syukur dan  gembira.

ibu di Kampung terus datang ke KL untuk menghadiahkan Kat tudung. Begitu gembira sekali hati sia ibu.

Kata Kat :
~ Kat bertudung bukan sebab mak bebel, tapi kerana Allah Taala.
~ Kat sentiasa berdoa moga Allah tidak menarik balik hidayah yang diberikan pada Kat
~Kat rasa ada hembusan roh baru dalam dirinya..
~ Kat akan bertudung sampai bila2..

ini adalah ringkasan rancangan ni yang aku tonton tadi. 
Hebat bukan kuasa Allah? ya aku yakin.. Allah Maha Berkuasa..

moga kita sentiasa diberkati. amin..


*kata orang..lelaki suka perempuan bertudung untuk dijadikan isteri. kata anda??


Manis sekali :) bukan sekali tiap2 kali pandang pun manis ..:)


-end-