MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??


the memory come again.
its cross my mind.
again and again.
hey memory!!.
please go away from me.
go away from my mind.

one liter of tear..



hye readers!!
aku baru setel basuh baju ni. Mood : sangat penat (pelik kenapa penat sedangkan basuh guna mesin). ha ha ha.. mengada bukan?

entry kali ni aku tujukan khas untuk insan yang bernama Norzaidah binti Mad Daud iaitu aku.ha ha ha..cewah3..motif la sangat. bak kata seorang blogger yang bernama T.H suka hati la "BLOG NI AKU YANG PUNYA"..so suka hati aku la nak tulis apa. ha ha ha (gelak robot)

Hari ni aku nak buat beberapa ucapan dan pesanan kepada diri aku sendiri iaitu :

Pertama : .........................
Kedua : ............................

arhhhh!! idea takdak. ngantok melampau. tidoq lu sok tulis lain. G.nite!!!



lokasi : rumah sis ashiela
masa : 8.49 pagi

wah!! nyamannya pagi ni.. Tgh tgk sis tido. Dia tdo lewat semalam. Kesian sis sbb tido kt simen..i tido kt tilam dia. Sis cakap k.zai tak tahan sejuk simen, kite suke dok atas simen. wahh! kejamnya k.zai tdo atas tilam sis.. k.zai dah ajak sis share tp sis xnak. Sis kata dia suka dok bawah..sejuk.. sis ni..lain kali xnk tdo umah sis dah la. Rasa mengganggu plak..huhu.. btw, thanks ya sis . love u!!

next, kul 10 da kelas. Baju masih belum di iron..cari iron tak jumpa. Nk kejut sis kesian la pulak..camne ni ek?

malam ni ada test, i tak study ape pun lagi. Oh God..i feel so stress. Cannot handle it well anymore. i wanna go home.. leave this place untuk sementara. i know..if dpt jumpa mak & family.. i will be alright. huhu..




RASAMU JUA RASAKU

welcome! welcome! welcome!

Nampaknya dua kawan aku telah berkecimpung dalam bidang memBLOG ni iaitu Moja & ANis..yeahh!! Jadi saya tanpa segan silu dan ragunya nak ucapkan SELAMAT DATANG BLOGGERS..hehehe..

Kenapa saya cadangkan anda berdua ada blog?

1) Kalau kita sama-sama da blog baru la leh geng.kan kan?heee...

2) Tahukan anda blog adalah satu platform untuk kita meluah rasa. Meluah rasa di sini merujuk kepada melontarkan suara hati seikhlas-ikhlasnya, mengexpressikan rasa di jiwa sedalam-dalamnya. Tetapi haruslah diingat supaya anda berhati-hati..jangan luahkan sesuatu yang mengentuh sensitiviti orang lain. Jangan sebab pulut santan binasa sebab blog diri binasa. Harap awak semua faham ye di situ..hehehe..


Sekian..welcome to the club!!

Lontarkan saja apa di jiwamu..luahkan saja hasrat hati itu..kerana hanya kau yang tahu rasa sebenar hatimu. Menulislah dan terus menulis kerana  mungkin jua rasamu jua rasaku...

...PERANGSANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

HAI ! HAI ! HAI !

Wah..sangat bosan rasanya petang ini bila sendiri terdampar bak dugong di dalam kamar..buruk benor rupanya. So, bila dah sorang-sorang ni kepala otak pun mula la nak berangan-angan. Terlebih sudah...hehehehe.... Cuaca kat luar tu mendung. Semendung hati mamatermuda. Wow! jiwang sesangat la cik mama ye~

Alkisah aku sangat-sangatlah homesick sekarang ni. Sepatutnya homesick time awai-awai masuk u dulu..ini dah terbalik..time final sem ni pulak rindu menjadi-jadi. Dok terbayang je wajah Puan Halimah.. memang parah kali ni. Ikutkan hati dah lama fly ke kampung. Tapi disebabkan tanggungjawab dan tuntutan sebagai pelajar aku gagahkan jua. Cobaan...

Jadi aku nak mendeklamasikan satu sajak nukilan kawan aku yang bernama Salmi yang bertajuk "PERANGSANG"..

Tibanya aku di sini
Mencari selautan ilmu
Terpisah dari keluarga
Berdikari di sini

Sepi tak terkira
Keseorangan mencari jalan
Mulalah muncul "Dia"
Yang sudi menjadi teman

Kesepian kian susut
Kegembiraan muncul kini
Namun kerinduanku tidak hilang
Merinduimu

Ibu
Doakanlah kejayaanku
Lawatlah aku di sini
Untuk meneruskan perjuangan

-tamat-

     as-salam.. jam tepat menunjukkan 3.04 pagi. Waktu camni patutnya sedang asyik dibuai mimpi tapi mata aku masih dok terkelip-kelip mencari arah untuk melelapkan mata. Secara fizikalnya aku sihat sejahtera tetapi secara mentalnya kurang sihat kot. I need my best Zana to share with..tapi takkan nak kacau dia malam-malam ni kn? takpe2..kan ada blog..leh luahkan semuanya kat sini. Pasni tido..bangun esok mesti dapat lupakan semuanya kan? ini la kebaikan jadi si pelupa..

so, let's start!
     disebabkan aku sedang bersedih aku memilih untuk menulis kisah gembira. bak kata aku..moleklah aku memujuk diri aku sendiri kan? Norzaidah tak boleh mengada-ngada ok. Jangan sesekali mengharapkan sesiapa pun untuk memujuk hati kamu. sebab u not deserve for  that. ok.deal..

alkisah gembira bermula..
     dua hari lepas bersamaan 17 Mac 2011. Aku kelam kabut ke Kangar cari baju untuk Malam Aprisiasi malam ni. wah!! begitu bersemangat sekali. Ditemani oleh BFF kami berdua pusing-pusing Kangar mencari baju untuk malam ni. Tema "Red Roses Black Glamourous".. alkisah aku takde pun baju warna merah or hitam. So, bertambah excitedla aku nak p beli baju baru..hahaa.. setelah penat + lenguh kaki tangan berjalan aku pun beli sepasang baju.. cantik sebab bff yang pilih.heee... nak tgk baju tu??? satgi kalau rajin ceq upload na.. :)

okey, sampai je rumah dah kul 7..hujan lebat..memang basah kuyup la. Maklumla..keta aku takde bumbung.haha..pas mandi & solat magrib aku pun dok tengok si Lily di make up oleh Hana. Alamak!! sapa nak make up aku ni?? ( normal ye activiti make up2 bila ada dinner. aku tak terkecuali.haha).. so..wat muka simpati la aku. Amalia pun tolong la sapu foundation kat muka aku. (sepatutnya kena pakai sendiri..aku saja nak ngada2.haha)..
pastu fae & adah plak melukih kat mata aku. seriau sungguh rasa. Bayangkan la pensel dah dekat kat bijik mata. mau tak nyilu..hehe...

siap!!! 
sekadar gincu nipis di bibir plus eyeliner & mascara kat bulu mata. hat lain2 xmau. pakai tudung kelam kabut sebab dah lambat lalu terbang ke Dewan Sri Semarak..sampai je dewan event dah mula. Aku kelam kabut register & ambik kad ape tah diorang bagi. Kelam kabut p meja no 12 (meja depan sekali. dah la lambat kena dok depan lak tu). 

majlis makan bermula..habis lauk pauk kami sental. (hilang habis lipstik pakai tadi.haha).. tiba-tiba mai la cik organizer kat meja kitorang tanya sapa kad no 17. haish!! no aku tu.. so cik organizer pun explain la kat aku..bla bla bla bla bla...

majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dekan untuk Dean List from Diploma in Business Study. pastu ada cabutan bertuah... excited aku. Tapi no tak kena la plak..tak ong la no 31. hahaha..

selesai cabutan bertuah kini tiba turn kitorang plak ambik hadiah.hehe..kitorang pun queue kat tepi dewan tu. Aku dok depan skali. Dah la besaq p dok depan plak dah..malu aih!!

tiba-tiba!!

Mempersilakan Saudari Norzaidah binti Mad Daud, Pelajar Terbaik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.

    Betul ke nama aku ni?? Rasa nak pengsan pun ada. Ya Allah..syukur ke hadrat Illahi..impian jadi kenyataan. Masa naik tangga lutut macam nak tercabut. Nak2 pulak satu dewan tepuk. Nyaris nak pengsan la jugak. Pastu ada plak lampu focus aku berjalan. Memang langkah yang sangat tak teratur dan berterabur.  Syukur sangat2..kalau la Puan Halimah ada kat depan mata..pasti dia berbangga. (memang tujuan aku nak bg beliau bangga pun.huhu)

    Turun je pentas terus duduk kat tempat tadi. Getar tak habis lagi. Tiba-tiba Miss Ima panggil.. Zaidah!! leh belanja la pasni.hehe...no hal miss :)
majlis still berjalan.. TAJUL, LAILY, K.FARAH & EMA pun dean list jugak. Alhamdulillah..kami satu group berjaya sem lepas. :) Ada ramai jugak classmates yg berjaya.. congrate all!!

     lepas majlis cam biasa sesi fotografi.. so, kami menyerang semua lecturer yang ada. Almaklumla..final sem..nak jugak bergambar kenangan dengan orang yang berbakti kepada kita kan? snap pic here & there sampai la penat.. kalau la zaman sekarang still guna Kodak lagi memang jenuh la.haha.. 
Ni gambar saya semalam. kurang jelas..gambar lain2 tak ambik g.hehe

      Pastu Encik Fazley & Encik Niza panggil. Zaidah!! i will send u to London. Nak x?? Alhamdulillah..memang nak.hehe.. Puan Rozi plak nak jadi supervisor..sebab dia nak hantar aku g sane.hee...best gak tu. :)

       pastu kami karok ramai2 sampai la kul 12 tgh malam..balik singgah u-station jap. lily nak beli topup. alang2 aku beli roti + air laici kotak + twiesties. Lapaq oo..tadi lauk tak cukup.haha...

        sampai rumah mandi & solat..then bukak fb sat. Nampak komen cik Fazley kat page tajul yang berbunyi :

zaidah!! best student..Road to London... :)


alhamdulillah...

*sila ignore background music
*tajuk sangat tak sesuai dengan entry. maaf!! :D

okeh!! ni sambungan kisah test Strategic Management (SM). Semalam kelas pagi sampai la tengah hari dan test pulak malam. So aku ada masa selama 7 jam untuk study. Haiyokk!! 7 jam untuk cover 5 chapters. Pas kelas cam biasa cari lokasi makan. Lokasi pilihan hari ni kedai makan MAKCIK RUBI!! sebenarnya kedai ni milik pakcik othman, tapi disebabkan kali pertama masuk kedai tu di server oleh makcik rubi, maka kami memanggil kedai tersebut sebagai kedai makcik Rubi. Alkisah makcik Rubi dah takde kat sini. Kejadian berlaku sem lepas. Seminggu kedai tak bukak. Aku pun mengambil initiative KOL makcik Rubi bertanyakan khabar. Awat seminggu kedai tak bukak?? Rupa-rupanya suami makcik Rubi sakit. Mengidap sejenis penyakit kronik. Penyakit apa aku tak ingat, Kesian makcik Rubi..huhuu...
Beberapa minggu pastu dapat tau suami makcik dah meninggal..dan makcik dah pindah. Makcik tinggalkan rumah beliau kat arau & tinggal dengan anak beliau. Sejak tu kami dah tak jumpa makcik Rubi..huhuu..

haipp!! ni dah lari tajuk. Sambung balik!!

sampai umah kul 1 tghari. So..terus bukak buku. (sangat menggelabah sebab x habis baca. semalam lena ja). dipendekkan citer ni perjalanan aku sebelum test sampai la test habis.

1.00 pm : sampai rumah.bukak buku
1.30 pm : haishh..ngantuk la plak. bila kenyang mata mula la ngntuk. bukak fb jap!
1.50 pm : dengaq lagu la..baru leh hilang boring
2.05 pm : solat dulu..ZOHOR
2.20 pm : sambung baca buku sambil dengaq lagu..
2.30 pm : ngantuknyaaaaa.......baring sat la kat katil. (tiba-tiba TERLENA!!)
3.30 pm : alamak!!! tak habis study g..awatla leh tertidoq la ni. zzzzzzzzz...lena balik..

3.45 pm : tut! tut! nasib baik da org msg. KAlau tak tak bangun dah. 
3.50 pm : kumpul kekuatan. bangun. capai towel. segera mandi supaya lebih segar.
4.00 pm : wahh...dah segar. dok kat meja study dan fb lagi!
4.10 pm : takleh jadi ni. CHANGE ENVIRONMENT!! focus2!! lalu bangun dan ke belakang   rumah..konon study sambil ditiup angin sepoi2 bhsa.

4.25 pm : lapaq aih..MAggie tomyam 1. taruk telur plus sayur kucai..
4.30 pm : menjamu selera. hujan lebat!!!
4.55 pm : adeh...kenyangnya... NGANTUK lagi. (cuba bertahan.baca note)
5.20 pm : baring kejap la. & again!! zzzzzzzzzzzzz......
6.15 pm : zai! bangun. aku perangat nasik kenduri ni. mai makan. xmau! xmau! (tapi aku bangun gak makan. haishh!! makan lagi.
6.30 pm : selesai makan.. masuk bilik sandaq kat almari dengan harapan nak study. masa tinggal  lagi 2 jam.

6.50 pm : tak ASAR g. cepat! (bergegas ambik wuduk)
7.00 pm : baring tanpa telekung dibuka sambil pegang note. sementara tunggu magrib. 
7.10 pm : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz (arrrrrrrrhhhhhh tertido lagi!!)
7.50 pm : zai!! bangun2..magrib nak habih dah ni. bingkas bangun dengan keadaan yang sangat pening. ambik wuduk & solat!

8.05 pm : adehh!! nak pakai baju apa ni?? capai jeans & swter & tudung hitam. dengan kadar segera lalu pegang note dalam keadaan menggelabah.

8.20 pm : start motorbike & vrooooommm... alamak!! test kat mana?? BK BK..nasib baik ada hanpon leh kol kawan tanya.

8.30 pm : test begin!!
...
....
.....
.....
.....
......
9.30 pm : letak pen. dah setel jawab 3 soalan. ambik kertas buat origami. Hari ni wat JET. pastu kaler jet tu.hahhaa...

9.50 pm : dah siap jet (tersenyum puas hati dngn jet tu)
10.00 pm : ada lagi 1 kertas. lalu mengarang puisi.hahaha..perlu ke time test wat puisi??
10.15 pm : dah ramai bangun, so aku pun bangun hantaq kertas. (saja tak mau hantaq awai segan sir baca jawapan satgi)
10.20 pm : keluar dewan. sembang dengan syarifah (exroomate)
10.40 pm : selesai sembang, start moto. RPA-nasik ayam pedas 1.limau ais 1.
11.00 pm : pulang ke rumah......

adeh!! sangat teruk perjalanan hidup aku. Tiap kali ada test or exam aku akan hadapi 3 masalah.
1) lapaq melampau
2) teringin makan asam (kali ni aku makan pelam. ambik belakang rumah)
3) mengantuk tahap gaban.

so..sedang menantikan result test ni. ada harapan ke nak dapat 80% & above?? adehh..menyesalnyaaaaaaaaa...

* doa-doa dapat elok.


sekarang aku tengah berjuang untuk test esok.
aku stress.
aku takut pada kegagalan.
aku serap all 5 chapters ri ni.
kepala otak x bape ok dah ni.
so berblog sebentar sambil makan aispop. 
semoga Allah membantu usahaku.
amin..

aku tak mahu jatuh kerana takut cederanya parah hinggakan tulang-tulang itu patah dan takkan bercamtum lagi. aku mahu kejayaan itu terus menjadi milikku. milik kita~

how do we look? :)

instruction : please ignore the background music.. 

      Malam ni suasana is not so ok. actually suasana ok cuma aku yang tak ok.huhuu..mood bercampur baur. suka campur duka.gembira campur luka.muka lak masam cam cuka. ni la keadaan aku yang dapat aku describe sekarang ni. dalam perkataan yang simple dan mudah difahami keadaan aku skrang adalah aku M.E.N.G.A.D.A.. yes i am. mengada!

     To be honest, aku stress ni. Banyak benda nak kena handle dalam tempoh sebulan ni. Alhamdulillah..pembentangan CTU semalam dah selesai dengan jayanya. Demi menarik perhatian audience kami ber4 berNASYID! yeahh!! aku miming je..malu nak nyanyi betul2 sebab suara sangatla hancus!! (gambar akan di upload kemudian)

me with trainees :)
    Petangnya plak kami kena handle training. Yang ni haru biru sikit. Disebabkan kami ber4 diberi peluang menjadi trainer, maka kami berlakonlah menjadi seorang consultant. Kepada sesiapa yang kena dengan saya semalam tu maafla ye. ape pun korang memang sporting la. To elize, thanks pinjamkan kot.hehehe..

Ni la gambor aku sebagai seorang consultant.



~~~~~~~~~~~~
    next! Strategic Management Test is coming soon. Kalo test ni xleh perform memang malu la aku. Sir awai2 g dah gtau da test.tapi x jugak dibukaknya buku tu. haishh!! please wish me luck ye untuk test Isnin ni. 

this weekend jugak la da program Finishing School. hadoih!! Jumaat, Sabtu, Ahad. So..bila tahun lak aku nak study SM ni. jawapannya SEKARANG la study zaidah oiii... tapi skrang nk tulis blog dulu.. haiyokk!! memang banyak alasan kamo!

pastu BEL & IR test pun coming soon gak. Seriously exhausted! penat..( tak baik merungut camni tau).

Dan satu lagi benda yang wat aku sangat pening adalah mengenai HASTA LAVISTA. As a project manager kepala otak aku memang xbapa nak center pikir hal ni. Event ni wajib untuk semua HR students yang grad on time. Selalunya buat kat dalam Malaysia je tapi kali ni i try to make it different. Kami semua dah  decide to choose Bandung untuk HASTA. To ninamunira, thanks sebab byk tolong saya. & kepada kawan2 lain jugak thanks tau. :) Sekarang ni kami semua tengah cari SPONSOR untuk program ni. So, if sape2 yg baca entry kali ni yang hartanya melimpah ruah tu silala sumbangkan kan kami ye.hehee..(berharap ni).. Moga HASTA kali ni suksess!! heee..

    Next week plak ke IR court. Dipendekkan citer SEBULAN yang tinggal ni sangatlah digunakan sepenuhnya. Kepada kawan2 yg sy x reply msg tu maafla ye. Sangat busy skarang ni. Final sem kena pulun sikit. Kalo tak sia2 je blaja selama ni. kn? kn?

okeh! its time for me untuk study. Kuatkan semangat zaidah!!


Keep on running & speed up mamatermuda!!

HYE BLOGGERS! HYE READERS! (font besar untuk menunjukkan say hye dengan penuh semangat). HYE EVERYONE! okey..adakah aku kelihatan pelik kerana terlalu bersemangat petang ini? yeahh!! memang bersemangat pun.hhehee..

kejap tadi baru pas gayut dengan my Abg Lie :) he asked me whats wrong? ada apa yang x kena?  hairan! tiba-tiba beliau bertanya begitu. Rupa2nya beliau dah baca my last entry mengenai GIVE UP! ohooo...abg lie sempat mencuci otak aku.hahaa..padan muka aku. Alhamdulillah..hasil brainwash beliau semangatku makin pulih. makin sembuh :D

kata abg lie :
1) ingat tak dulu abg lie cakap ape sebelum masuk u? (aku ingat2 lupa). Abg lie kata nak belajaq memang la susah. Biaq susah tapi lama2 nanti hidup senang. baik abg lie (kata aku) hehehee..

2) Pasal praktikal tu kat mana pun xpe. Setiap tempat tu ada pengalaman berbeza. Mungkin bukan rezeki skarang tapi akan datang insyaallah... (ok abg lie..kata aku lagi)

3) Blackberry camne?? ohooo..my blackberry. Dengaq ja nama blackberry terus semangat nak belajar. Lagi pun satu step je lagi. Come on ZAidah!!!! (abg lie..beli blackberry siap2, nak yang paling mahal..paling cantik..kata aku.hahaa)

4) Satgi abg lie hantaq no HR abg lie. Try mintak sini.. (thanks abg lie..aku berkata lagi)

5) Paling penting takmau kata GIVE UP GIVE UP lagi. Faham?? (faham abg lie..huhu.)

ni antara 5 pesanan abg lie hari ni. Yang paling best pesanan beliau adalah..tukaq la nama MENGINTAI KE LANGIT TU..tukaq jadi BERLARI KE LANGIT..baru betul..dok intai ja..sampai bila nak sampai. hmm..ada relevannya di situ.

akhir kata..terima kasih abg lie. Jangan lupa blackberryku.. 

bila diriku  mula nak rebah..ku capai tiang itu takkan mengalah. takkan ku biar diriku terus jatuh hingga luka parah dan saat aku benar-benar hampir ke tanah, ku lonjakkan badanku sekuat hati sehingga ku capai awan itu. Moga awan itu bukannya awan yang terpilu. 


*nak tukar tak mengintai ke langit jadi berlari ke langit??

sesak!

dada begitu sesak sekali kali ini
kali ni rasa betul-betul sakit
bertahan dan bertahan
aku takkan biarkan manik-manik ini menitis ke bumi lagi
tabah!
ye aku tabah!
pedulikan kata orang

walau sakit kali ni tiada ubat
aku akan terus bertahan
 

     Hidupku..kisahku...penuh dengan impian dan harapan.. Aku impikan itu, aku mahukan ini..aku harapkan yang itu dan aku inginkan yang ini. wah!! tamak bukan? not good not good..ohoo..dislike :]

     Aku ada satu impian. Aku dah hampir capai impian tu. Tapi hari ni aku rasa aku nak lepaskannya.. Aku tau, peluang datang sekali je. Bila aku tolak peluang kali ni..aku tau takkan ada peluang kedua untuk aku. :[

     Jadi hari ni aku dengan rela hati (hakikatnya aku xrela lagi..huhuu) untuk melepaskan impian ini..melepaskan cita-cita ini.
aku give up!

saya sangat geram bila YM saya kena hack.
sapa yang buat sila mintak maaf kat saya.
sebab awak dah buat saya marah.
saya dah tau sapa awk
tunggu awak mintak maaf je.
cepat!!!!!

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

There was an error in this gadget

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me

Waktu sekarang

Menarik

Klik !