4 tahun kami bersahabat dan akhirnya kami jatuh cinta. Cinta kami bukan seperti kisah Kuch Kuch Hota Hai, bukan juga seperti kisah Kuliyah Cinta lakonan Yusri & Era .seperti kisah Romeo & Juliet jauh sekali la...

Kami ada kisah kami sendiri. Kisah yang kami ciptakan. Cinta alam universiti kata orang. 4 tahun sekadar biasa-biasa. Tahun ke 5 kasih tercipta.Tatkala aku menangis, dia pasti ada untuk memujuk walaupun kami bersahabat cuma. 

Tatkala aku hampir rebah, dia ada untuk hulurkan tangan menarik aku dari terus kalah..



Dia selalu cakap hidung aku bulat. Amboi!! kutuk depan nampak.Aku pulak selalu cakap hidung dia macam hidung mak aku. hahaha..


Masa kawan dulu dia panggil aku GEM. GEM adalah ringkasan kepada perkataan Gemuk.Ewah!! Aku pulak takkan berdiam. aku panggil dia ROI.si Boroi..hahahahaha...tu semua citer dulu.kisah lama untuk dikenang :)


Hari tu kami sama-sama menuju ke Universiti Utara Malaysia. Menguruskan application untuk sambung master kat sana. Dia bersama motor merahnya dan aku bersama motor honda pemberian bonda. Konon-konon sehati sejiwa, motor sama-sama pancit kat jalan raya. Tension tak terhingga nasib baik ada pakcik mechanic ronda-ronda bawak tayar. Aduh!! lega. aduhai sayang..memori kita tercipta :) Pakcik motor tanya dia, ini adik ka? Dia sengih-sengih jawab marka. Bila tanya kenapa. Pakcik tu kata muka serupa. Ya ka?? :D

esok sambung cerita. sudah  mau lena..nite