Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t :)

Entry kali ni berbunyi serius dan sememangnya serius. Kisah benar, kisah sebenar yang terjadi dalam keluarga yang benar-benar menguji kekebalan hati insan yang bernama manusia. Yang pasti hati si Ibu teruji lagi. Membiarkan titisan kaca  jernih mengalir ke pipi tidak sama sekali. Dia takkan mengalirkan air mata tapi aku tahu dia sentiasa menahan sebak di dada. Si Ibu rindu sekali. Rindu pada si anak yang hilang entah ke mana pergi. Anakku hilang lagi. Anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari tiada lagi. Bukan hilang kerana berperang, bukan hilang pergi berjuang tapi dia hilang diambil orang. 

Ibu sujud mengadap Illahi..ibu pohon si anak kembali. Ibu kalah kali ini. Manik jernih itu sudah mengalir ke pipi.. kali ni ibu menangis tak henti-henti. hati ibu dah tak tertanggung lagi..ibu rebah lemah menanti :'(


*Kepada yang baca entry kali ni, mohon doakan abg saya kembali ke sisi, sebab ibu sedang menanti..aku mahu air mata ibu terhenti dan aku tahu rindu ibu akan terhenti bila abang kembali.. 

salam sayang
mamatermuda