MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??

 MEMPERKENALKAN!!! NORHASLINDA MAD DAUD
ni la kak linda saya. gambar ni 3 tahun dulu kot. takde gambar baru.hehe..
mengapa wajahh beliau terpilih untuk entry kali ni??? lets..check it out!! :D
   morning my fans..wahh33..permulaan cerita yang teruk bila mamatermuda perasan dia ada fans.hahaa..

assalammualaikum wbt...& have a nice day :)

    hari ni hari baru untuk aku. my new year. 7 Februari 2011; iSnin. Kenapa mesti hari ni? tah. xtau. Mungkin hari ni harinya untuk aku berubah. to be a better person.hehehe..

   bangun seawal 6.30 pagi ( takde la awal sangat pun sebenarnya.hehehe), terasa bahagia bila air yang sejuk itu menyentuh mukaku, membasuh tanganku dan pancainderaku..untuk mengadap yang satu. Dikala sujud di subuh hari..aku benar-benar terasa nikmat Illahi..Terima kasih yang Maha Esa yang telah membangunkan aku pagi ini. Untuk berjumpa denganmu lagi..untuk terus bangun dan melangkah meneruskan perjuanganku yang entah bila akan selesai. aku syukur padamu ya Allah.

    sesudah sujud padaNya..selesai berdoa..tiba-tiba otakku ligat..mata hatiku terlihat..telingaku terdengar kembali pesanan kakak sulongku, Kak Linda dua hari lepas. Masa tu kami ber6 berkumpul di teratak kasih bonda. Sedang bincangkan tentang upah haji untuk arwah Abah.. Kak pesan, "ingat adik-adik kak semua..takdak apa dah kita leh bagi kat abah selain doa anak yang soleh. Berdoala untuk abah"..huhu..hatiku tersedar, mindaku terbuka luas mengenangkan kata-kata kak. Aku tersedar yang selama ni kurangnya doa yang aku hadiahkan buat abah. Aku bukan anak yang soleh. Kesian abah menantikan doa dari anaknya ini. Ya Allah..aku insaf :'(

    kepada kak, tolong ingatkan adik Dah selalu ye. ye..aku memang perlukan kak untuk sentiasa ingatkan aku.. thanks kak sebab ingatkan aku, menyedarkan aku. Terasa diri ni cam orang baru plak hari ni.hehee.. harap-harap ni semua bukan hangat-hangat taik ayam je. Insaf sekejap, sok buat perangai lagi. hoho..so bad Norzaidah!!

buat kak Linda..terima kasih kerana menyedarkan..terima kasih kerana tolong ingatkan..


lots of love from your little sister
(Norzaidah Mad Daud)



ceria dalam gundah
senyum dalam derita
sebagai pelindung kedukaanku~

tak puas hati!!

mengintai ke langit..mendongak ke awan..mencari bulan di siang hari..bisakah aku temui..

as-salam..hye friends..hye readers..hye Malaysian.it's me.mamatermuda kembali bersama new entry. hari ni nak citer sedih ke nak citer gumbira ek?heheeehhee..(sambil sengeh cam kerang wangi-aku xpuas hati dgn kerang kat Padang Kota, mahal tp tak fresh!!!huh!)

will be continued...***tido**



aku over acting

orang lain yang berpisah
aku yang menangis..
mamatermuda over!!
:'(

dia selalu buat saya bahagia


saya sayang dia :)

Buah Hati Acu :)

diorang paling tak suka pose camni. tapi dah acu paksa..nasibla...haha..

dari kiri : nurhuda dini, muhammad naiman syahmi, nura'in sofiya, muhammad nazmi syakirin, muhammad hariz mursyidi, nuraneesa damia :)
hye bloggers..it's me mamatermuda :)

lame rasenya x post new entry. Memang nak update tapi bila terlalu banyak yang nak ditulis langsung terlupa semuanya.hehe..so, baiklah kiranya segala yang terpendam kat jiwa disimpan rapi di sudut hati.chewahhhhh..ahahhaa..

lokasi aku sekarang adalah LEMBAH IMPIANA..teratak kakcik & suami + anak2 mereka. Kat sini la tempat aku melepak time cuti-cuti ni. menghabiskan masa dengan anak2 kakcik. next time nak lepak umah kak lynda pulak, next time satu lagi umah abg lie.. Kalau ikut hati aku hari2 aku nak lepak dengan my 8 kids ni.huhu..anak2 pengubat hati acu..wahh!! rindunya kat diorang..

ni la buah hati acu. adam tiada dalam gambar :) yg paling kecik tu Nur Qistina Balqiss :)


ini muhammad adam ashraf..hehe..anak abg lie.. bawah mata lebam sbb accident ri tu.. i love u adam :)

ha..ni la buah hati sy. Bg dorg acu always right..tu yg suka tu.hehe..yang pasti kasih sayang dorg jujur..syg aku sepenuh hati macam aku sygkan dorg. like like :)

this weekend kami semua akan berkumpul kat umah mak. seronokknya..xsabar nak nantikan hari tu. nak jumpa my 8 kids..yihaaaaaaaa.......


kenapa mereka istimewa di hati acu??


jawapannya adalah~~


aiman : 
ni yang sulong. Bila kat depan acu bukan main sombong..tapi bila acu nak balik u..dapat love letter dari aiman. antara isi kandungannya   berbunyi " bila acu nak datang rumah aiman lagi? aiman sayang acu.."..hehee.. kadang2 ym dia msg cakap dia rindu acu.lalalala... acu pun syg aiman  :)


huda a.k.a along:
"Acu...along beli kat acu keychain..acu..along suka la kasut acu..acu along suka ni.." dia suka ape je pasal acu dia ni. hehe..thanks along..walaupun baru darjah 4 tp dia seorang anak yang matang. why?? sebab dia terer menguruskan adik2nya..hebatkan along sy?? :)


ainsofiya @ angah :
"bila angah besaq nanti angah nak jadi cam acu".. wahh..terharunya sy dengar tu dr mulut anak kecil ni. acu cakap: angah jangan jadi cam acu..jadi la lebih baik dari acu :)


syakirin:
"umi, bila kirin besar..kirin nak kawin dgn acu"..hohoo..bhya ni..mane leh kawin ngn mak sedara sendiri syg oi..bg kirin, sapa2 jangan cakap buruk pasal acu dia. nahas!! haha..


hariz @ aish :
si kaki bola ni ganas. 4tahun..suka pakai jacket merah ala2 pemandu ferrari tu. biar panas..biar hangat..janji style.haha..yg pasti hariz sayang acu dia kan hariz?hahhaa..


aneesa damia :
"acu...hikhikhik..acu...acu.." yang ni baru 2 tahun.. boleh cakap tapi belum lancar lagi..dengar dia panggil acu banyak kali pun dah rasa best. dah rasa syg kat dia..icha..icha..comel macam 
acu.hehee...


adam :
sebaya dengan icha..hensem..kami panggil John Junior..sbb putih + rambut perang. adam ni pemalu sikit..hehe..tapi kelakar. mula2 kenal acu tak dilayannya..lama2 acu dibulinya..adoihh!! 


qistina:
si bongsu antara semua.. suka makan..suka tido..suka gelak..suka wat lawak. si katik yg bijak. ehem3..bijak cam acu la kan?hehee...


sekian, kisah my 8 kids.


"bila acu bersedih..bila acu menangis..acu tahu..acu ada mereka..yang selalu buat acu ceria.."









aku berharap hidup aku tak macam citer hidustand..terpaksa lepaskan dia pergi untuk kebahagiaan orang lain. tapi aku pun mahu bahagia. ha..camne tu? sapa mau jawab~

"bintang terlihat terang saat dirimu datang..cinta yang dulu hilang kini kembali pulang"

ni antara lirik lagu kumpulan Kangen Band bertajuk KEMBALI PULANG..sesuai sangatla dengan entry kali ni..KEKASIH LAMA KEMBALI PULANG..hohoo..dislike!

Alkisah pagi semalam..kawan kepada Mr.xxx tegur aku kat ruangan chat box FB. Bertanyakan tentang hubungan aku & Mr. xxx yang dah lame berkubur. Aku yang kuburkan..aku yang korek tanah & tanam relationship ni dalam2. Biar terpadam terus..

tak sangka pulak semalam ada yang nk korek balik kubur tu. Mengungkit kisah lama aku & Mr.xxx tu..oh!! tersentap + dislike :'( Antara perkara yang ditanya & diberitahu oleh kawan Mr.xxx adalah "nape mama tinggalkan xxx? nape putus? sejak putus ngn mama dia dah makin pendiam." wekk!!! menipu giler kawan dia ni..macam la aku xtau ni ayat nak bg aku rasa bersalah.. (sedang cuba cekalkan hati ni walaupun hakikat terselit sedikit rasa bersalah) tidak!! aku tak salah.. tolong2..ada sapa2 nk support aku x?huhu..

selain tu ada lagi sorang kawan perempuan plak cakap camni.. "nape mama tu sanggup tinggal Mr.xxx ek? kesian  mr xxx..sebab mama study dia xtentu hala. Dia xleh study..semua sbb mama"... arrhhh!!! aku nak bela diri..dulu masa aku ngn dia mmg dia mls belajar pun. skarang dia gagal kenapa nak salahkan aku plak. huaaa...x adil.

aku jugak pernah dihadiahkan dengan ayat ni "zai, ko memang manusia yang paling tak kenang budi buat Mr.xxx camtu. mak dia dah banyak tolong ko, ko sanggup nak putus ngn mr xxx". kedebushhh!!! ambik sebijik atas kepala aku.

Dulu masa ayat ni dihempukkan kat atas kepala aku, aku sekadar diam tak bersuara. Padahal kecik hati gila2 bila orang yang paling rapat ngn kita cakap kita camtu..huhu.. NoW!! nak habaq.. ini bukan soal kenang budi atau tak.. Jujur, aku mmg suka ngn parents dia. Ingat lagi masa jumpa mak dia dulu..mak dia peluk aku..huaaa..yang tu paling xleh lupa. Rasa tenang jiwa bila si ibu peluk aku. dapat rasa kasih sayang tu. ingat lagi masa ayah dia belikan aku air berkarbonat sedangkan kat anak2 dia beli air mineral je. ingat lagi masa berkongsi makan rojak dengan mak & adik dia. Rindu saat tu..  Aku ingat lagi masa tu aku kat library, tiba2 dapat kol dari dia suruh turun bawah jap. bila keluar je library..mak n ayah dia tgh tgu aku. Rupanya diorg nak jumpa aku.....huaa...aku mmg sayang mak ayah dia, mmg syg adik beradik dia. :'(

tapi dgn anak dia tu je aku xleh ngam.huhu..salah ke kalau aku pilih untuk putus kalau hati tak bgia?? aku rasa mak dia pun faham nape anak dia aku tinggalkan anak dia.. Kalau mak dia pun faham..aku harap kawan2 aku pun faham. jangan la blame aku lagi.. bercinta bukan soal main2. kalau awal2 kita dah tak rasa serasi takkan nak teruskan jugak. Aku xnak teruskan..jangan paksa ye! jangan salahkan aku.. Aku xnak bukak pekung di dada untuk cerita each part yang jadi antara aku & dia..Biar jadi rahsia kami..cerita kami..kenangan kami.. for those yang selalu blame aku tu, try la to be in my shoes..offer ni..hehee..try rasa jadi mamatermuda. meh sini meh!ahahaa...

almost 2 1/2 years aku bertahan ngn Mr.xxx..akhirnya aku pilih untuk berpisah. Mmg susah nak bgtau dia tapi lepas je berterus terang aku rasa sangatlaaaaaaaa bahagia. I get my life back!! suka2..xde lagi kongkongan..aku xpayah pujuk dia yang suka merajuk tu..aku leh kawan semua org yg aku suka. happyy!! wahh!! sound selfish right? yes i am..aku

happy dengan keputusan aku.. at least, lepas break off aku 

dapat jadi diri sendiri.. i like :)



ada jugak yang tanya..x rindu dia ka?? x..aku tak rindu tapi

kadang2 tu teringat jugakla kat dia..huhu..tapi kembali

kepada dia? tak mungkin ku berpaling~



alamak!! mood dah lari sebab perut dah bunyi..laporrr...

tata ~


sometimes being selfish is not a bad thing..
(tiru ayat azim)



Bila Sabtu Datang Lagi

morning all~

have a nice day ya kawan2. wahh..after 3 weeks baru dapat rasa kenikmatan hari Sabtu. Holiday......yeahh!!  hAkikat?? xsuka hari Sabtu sekiranya hari Sabtu tu diisi dgn activiti spt dok kat umah dan tido. ohh!! seriously..mmg xsuka dok saja2 without doing nothing. Rugi! rugi!


sy happy dapat cuti ri ni (22 january). sbb jap lagi masa akan terluang & diluangkan bsama2 kawan2. yes! like like! Tapi dalam gembira ada la terselit duka sikit. hehe..bukan duka tapi TESANGAT RINDU kat mak. Haisshh!! ni la aku. tak jumpak mak lebih dr 2 minggu otak mula xcenter.. rindunya kat semua org. rindu ayam itik kat kg..rindu pokok rambutan depan umah..rindu katil empuk kat kg..rindu nak pijak tanah kat Selama tu..hahahaa.. mamatermuda is mengada :)

imagine!!

*kalau dah keje nanti..lagi la susah balik kg jumpak mak. camne ek? xkan nak keje kat selama..mana da HR department kt Selama..huuhu..

*kalau dah kawin nnt, jenuhla suami kena hantaq balik kg 2 minggu sekali. nak pulak rumah jauh...ohoo..apa kata buat agreement siap2 ngn suami. Every 2 weeks kena bawak sy balik kg. ok x my future husband??hahaa.gila.

*kalo dapat further study kt overseas..hah!! lagi la xboleh balik kg!! bawak mak p overseas skali la.haha.. (mamatermuda sgt mengada)


sekian..

bila Sabtu datang lagi..rindu menjadi-jadi

zaizai a.k.a mamatermuda :D

Rasaku Rasamu

aku sangat sayangkannya
mungkin juga aku "cintakan" dia
tetapi aku takut nak melepaskan masa lalu yg sememangnya dah lama tinggalkan aku..
menerimanya??
ya..aku mahu
tapi bukan hari ini..
bila hari esok datang..
pasti..aku akan meluahkan rasa hati ini
kerana aku yakin rasaku ini jua rasamu

mengagumi tanpa dicintai..adakah cinta itu sesedap sambal belacan?


hahaaa..sekian, sajak jiwang dari mamatermuda :)

~malu-malu tapi mahu~

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me


Waktu sekarang

Menarik

Klik !