MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??

Nama aku Gebu. Aku seekor kucing yang gemuk dan sihat. Gebu ada tuan namanya Abu. Abu gila sebab Abu je betul-betul suka kawan dengan Gebu. Dulu Abu kutip Gebu kat longkang. Masa tu Gebu lari dari tuan Gebu yang lama. Terima kasih Abu sebab sudi kutip Gebu. Hari tu tuan Gebu yang lama datang balik cari Gebu. Gebu takut sangat-sangat. Gebu rasa macam nak lari jauh-jauh. Ketakutan Gebu makin kurang bila ada Abu. Gebu percayakan Abu. Kat sini hanya Abu yang betul-betul kasih pada Gebu.

Pada satu hari Abu cakap kat Gebu yang Abu sayangkan Gebu. Abu cakap nak jaga Gebu baik-baik. Abu janji takkan layan Gebu macam tuan lama Gebu dulu. Gebu sedih dan terharu dengan kata-kata Abu. Jauh dalam sudut hati Gebu, Gebu sangat sayangkan Abu. Tapi..betul ke Abu jujur sayangkan Gebu yang hina ni. Hari-hari Gebu fikir. Abu ada banyak pilihan lain. Yang lebih cantik..yang lebih bijak..yang lebih baik dari Gebu. Gebu rasa diri Gebu sangat tak layak untuk Abu. Akhirnya Gebu terima Abu :)

Petang-petang Abu selalu bawak Gebu jalan-jalan kat taman. Abu beli makanan mahal-mahal untuk Gebu. Abu usap kepala Gebu hari-hari. Gebu gembira sangat bila bersama Abu. Kalau Abu terkasar bahasa dengan Gebu, hati Gebu mudah betul tersentuh. Gebu terus menangis. Gebu susah nak menangis tapi bila dengan Abu Gebu akan jadi lain. Sensitif betul Gebu ni. Bila dengan Abu, Gebu mudah nak luahkan semuanya dekat Abu. Hanya Abu yang tau kisah silam Gebu dengan tuan Gebu yang dulu. Kadang-kadang Gebu akan teringat apa yang dah jadi dulu. Gebu menangis kuat-kuat sebab tak tahan mengenangkan apa yang dah jadi dulu. Gebu sedih sangat Abu. Tolong Gebu... pernah satu petang Abu bawak Gebu jalan-jalan kat taman. Tiba-tiba mood Gebu berubah. Gebu jadi takut dengan Abu. Gebu nampak wajah tuan Gebu yang lama pada Abu. Gebu nangis kuat-kuat. Gebu takut. Gebu sedih. Masa tu Abu pujuk Gebu. Gebu lari dari Abu tapi Abu tetap setia ikut Gebu. Abu pujuk Gebu. Kesian Abu bila Gebu buat macam ni. Maafkan Gebu..Gebu tak boleh kawal perasaan Gebu lagi.. Gebu sedih :'[

Gebu dan tenang sekarang. Terima kasih Abu sebab pujuk Gebu yang mengada ni. Gebu mintak maaf..Gebu lupa yang Gebu tak patut mengada-ngada dengan Abu. Lepas tu hubungan Abu dan Gebu makin ok. Gebu makin sayangkan Abu. Sayang sangat-sangat. Tiap masa Gebu rindukan Abu. Baru-baru ni Gebu diduga lagi. Kali ni hati Gebu betul-betul sakit. Gebu bukan sakit hati dengan Abu tapi pada diri Gebu sendiri. Baru-baru ni Gebu dapat tau kawan Abu sukakan Abu. Kawan Abu kenal Abu lebih awal dari Gebu. Kawan Abu baik..kawan Abu bijak dari Gebu. Kawan Abu lebih hebat dari Gebu.  Gebu dah mula rasa rendah diri. Gebu  mula membandingkan diri Gebu dengan kawan Abu tu. Makin hari Gebu makin yakin kawan Abu memang betul-betul sukakan Abu. Tapi Abu tak perasan. Bila Gebu bagitau Abu mesti Abu marah. Abu cakap Gebu merepek. Abu pernah warning Gebu kalau Gebu cakap camni lagi Abu akan betul-betul tinggalkan Gebu dan pergi kat kawan Abu tu. Abu jugak pernah halau Gebu pergi balik kat tuan Gebu yang dulu. Sampaii hati Abu...Abu..Gebu betul-betul sedih bila Abu cakap camtu. Betul ke Abu nak tinggalkan Gebu? Betul ke nak Gebu balik kat tuan Gebu tu?? Gebu fikir pasal ni hari-hari lepas Abu cakap camtu.

Sekarang ni bila keluar  jalan-jalan dengan Abu, Gebu dah tak mampu nak cakap banyak dengan Abu lagi. Bukan sebab Gebu dah tak sayangkan Abu tapi Gebu sedih. Bila jumpa Abu, Gebu curi-curi tengok wajah Abu. Hati Gebu jadi makin sayu tiap kali pandang wajah Abu. Gebu takut kehilangan Abu. Macam-macam Gebu pikir. Gebu teringat kata-kata Abu..Abu sanggup gadaikan satu nyawa Abu untuk Gebu walaupun Gebu ada 9 nyawa lagi. Abu cakap Gebu boleh mintak apa ja dari Abu. Abu akan tunaikan semua permintaan Gebu tu. Abu..Gebu taknak mintak apa-apa dari Abu. Gebu cuma nak Abu je..Abu tolongla Gebu..jangan tinggal Gebu.. tapi kalau satu hari Abu dah berubah hati..Gebu rela Abu lepaskan Gebu..tapi jangan halau Gebu balik kat tuan Gebu ye..

Abu..kenapa dengan Gebu ni. Kenapa dengan hati Gebu ni..Gebu sedih..hati Gebu terguris.. Gebu rayu kat Abu..tolong pujuk hati Gebu ni. Makin hari hati Gebu makin sedih..Gebu menangis..pujukla Gebu.. Hahaha..Gebu memang mengada. Gebu lupa janji Gebu pada Abu. Tak boleh mengada-ngada.

Abu, Gebu sedar kekurangan diri..Gebu takkan mintak lebih dari Abu..

:::::::::::::::::::::::::::::::::GEBU SAYANG ABU :::::::::::::::::::::::::::::::::


SAYA SANGAT SAYANGKAN SEMUA ORANG DI SEKELILING SAYA :)

lama rasanya tak menulis. dalam hati memang gila memberontak nak luahkan semua di dada. tapi bila bukak je dashboard blog..tiba-tiba hilang. Hilang entah ke mana aku sendiri pun tak tau. Kisahnya masih ada di sudut hati tapi laluan untuk meluahkan semuanya tiba-tiba jadi kabur dan akhirnya tak nampak. aneh. Barangkali hati belum rela nak luahkan semua. lebih selesa disimpan rapi di dalamnya. Akibatnya..hati sakit.ambikk!!!!!

hai readers, i'm back :)
Hari ni aku nak share teori baru yaang aku cipta sendiri. sapa nak ikut silakan...kalau tak suka..lupakan.. Tajuk entry kali ni adalah cara-cara nak handle perasaan sakit hati kt kawan kita. bunyinya macam formal dan membosankan tapi perluu untuk dibaca. nak-nak pulak kalau anda memang tengah sakit hati dengan kawan anda.hahaha,.,

TEORI 1 : GiVE a BIG SMILE kepada kawan anda yang sangat suka menyakitkan hati tu. hey!! tak tau ke cara nak senyum tu. meh sini nak tunjuk cara senyum yang betul dalam mengatasi manusia yang sangat menyakitkan hatii tu.  Relevan teori ini adalah si dia akan berasa sangat pelik melihat kita tersenyum sedangkan dia merasakan dia cuba menyakitkan hati kita? lalu dia mendefinisikan kita sebagai GILA. bagus apabila teori ini digunakan kerana selepas ini tiada lagi orang yang berani cari pasal dengan orang gila seperti anda.hahaha..selamat mencuba!!!

TEORI 2 :  KETAWA kuat-kuat.. Teori ini sangat mudah. tiap kali anda rasa bengang dengan orang itu anda perlulah ketawa kuat-kuat seperti ini. "HA HA HA". Okey, sila ketawa sekali lagi. "HA HA HA"..yeahh..begitu caranya. Bayangkan saja si dia yang menyakitkan hati anda itu seperti badut yang sedang berlawak. tukarkan saja benda yang menyakitkan hati itu seperti menonton raja lawak. Setel!.hahahaha..

TEORI 3 : SABAR dan POSITIVE. yang ni teori yang aku ambik dari jiejieku yang bernama Farah. Jiejie selalu pesan dengan aku..SABAR dan always positive. Seriously, sangat berkesan cara ini.

TEORI 4 : Anggap saja si dia yang suka menyakitkan hatii itu seperti kanak-kanak 3 tahun yang mahu dilayan selalu. hmm..layan jela..

okey, CAKAP MEMANG SENANG NAK BUAT MEMANG SUSAH.

MOHON PADANYA MOGA HATI MENJADI TENANG.AMIN...

FROM 1 TO 7

hye readers :D

1st
cantik tak blog saya? background baru nama baru. No more MENGINTAI KE LANGIT..huhu..tiba-tiba rasa sedih bila MENGINTAI KE LANGIT dah dilupuskan. wah! DILUPUSKAN? kejam bunyinya di situ. :]

2nd
setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara yang mengedit blog saya ini iaitu TAJUL HIDZUAN. Dia memang kreatif benda-benda camni.hehe..cantik kan background baru saya? tapi background lama yg dicreate saudari XANA MARIYAH dulu pun cantik jugak.. Dua-dua saya suka :) i'm  lovin' it!!

3rd
esok jam 3 petang kami semua team BMB5Ac akan terbang ke sebuah pulau yang terkemuka iaitu PULAU PINANG. Trip ke INDUSTRIAL COURT. Bukan kami yang akan dibicarakan tapi kami nak lihat orang lain kena bicara. Dup dap dup dab..nerves ni!!haha..

4th
semalam saya makan  banyak giler. 2 pinggan nasik, 2 ketul donut, 1 roti, 6 nugget, lokchin, kerepek pisang, sebungkus sirap, secawan air masak, secawan mineral, secawan limau ais. Masalahnya sekarang ni saya lapar lagi walaupun dha hadap bertong-tong makanan semalam. hairan!! mana p makanan tu semua?

5th
alhamdulillah..banjir dah surut. pelik jugak nape kat Tv dok cakap banjir makin teruk. motifnya? haishh..xtau la. kena tanya pihak tv tu la. saja nak bagi berita jadi lagi menarik kot.

6th
saya dah dapat tempat untuk internship. :D

7th
saya dah beli DVD jurassic park as request by si Aiman Syahmi tu. Hg tengok puas-puas na..habis acu gadai emas permata semata-mata nak   belu CD kat hg tau dak? (haha..saja bagi aiman rasa berssalah.huahuahuaa)

sekian saya melaporkan kisah ringkas saya beberapa hari ini. Terima kasih :)



blog ini under maintenance..


the memory come again.
its cross my mind.
again and again.
hey memory!!.
please go away from me.
go away from my mind.

one liter of tear..



hye readers!!
aku baru setel basuh baju ni. Mood : sangat penat (pelik kenapa penat sedangkan basuh guna mesin). ha ha ha.. mengada bukan?

entry kali ni aku tujukan khas untuk insan yang bernama Norzaidah binti Mad Daud iaitu aku.ha ha ha..cewah3..motif la sangat. bak kata seorang blogger yang bernama T.H suka hati la "BLOG NI AKU YANG PUNYA"..so suka hati aku la nak tulis apa. ha ha ha (gelak robot)

Hari ni aku nak buat beberapa ucapan dan pesanan kepada diri aku sendiri iaitu :

Pertama : .........................
Kedua : ............................

arhhhh!! idea takdak. ngantok melampau. tidoq lu sok tulis lain. G.nite!!!



lokasi : rumah sis ashiela
masa : 8.49 pagi

wah!! nyamannya pagi ni.. Tgh tgk sis tido. Dia tdo lewat semalam. Kesian sis sbb tido kt simen..i tido kt tilam dia. Sis cakap k.zai tak tahan sejuk simen, kite suke dok atas simen. wahh! kejamnya k.zai tdo atas tilam sis.. k.zai dah ajak sis share tp sis xnak. Sis kata dia suka dok bawah..sejuk.. sis ni..lain kali xnk tdo umah sis dah la. Rasa mengganggu plak..huhu.. btw, thanks ya sis . love u!!

next, kul 10 da kelas. Baju masih belum di iron..cari iron tak jumpa. Nk kejut sis kesian la pulak..camne ni ek?

malam ni ada test, i tak study ape pun lagi. Oh God..i feel so stress. Cannot handle it well anymore. i wanna go home.. leave this place untuk sementara. i know..if dpt jumpa mak & family.. i will be alright. huhu..




RASAMU JUA RASAKU

welcome! welcome! welcome!

Nampaknya dua kawan aku telah berkecimpung dalam bidang memBLOG ni iaitu Moja & ANis..yeahh!! Jadi saya tanpa segan silu dan ragunya nak ucapkan SELAMAT DATANG BLOGGERS..hehehe..

Kenapa saya cadangkan anda berdua ada blog?

1) Kalau kita sama-sama da blog baru la leh geng.kan kan?heee...

2) Tahukan anda blog adalah satu platform untuk kita meluah rasa. Meluah rasa di sini merujuk kepada melontarkan suara hati seikhlas-ikhlasnya, mengexpressikan rasa di jiwa sedalam-dalamnya. Tetapi haruslah diingat supaya anda berhati-hati..jangan luahkan sesuatu yang mengentuh sensitiviti orang lain. Jangan sebab pulut santan binasa sebab blog diri binasa. Harap awak semua faham ye di situ..hehehe..


Sekian..welcome to the club!!

Lontarkan saja apa di jiwamu..luahkan saja hasrat hati itu..kerana hanya kau yang tahu rasa sebenar hatimu. Menulislah dan terus menulis kerana  mungkin jua rasamu jua rasaku...

...PERANGSANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

HAI ! HAI ! HAI !

Wah..sangat bosan rasanya petang ini bila sendiri terdampar bak dugong di dalam kamar..buruk benor rupanya. So, bila dah sorang-sorang ni kepala otak pun mula la nak berangan-angan. Terlebih sudah...hehehehe.... Cuaca kat luar tu mendung. Semendung hati mamatermuda. Wow! jiwang sesangat la cik mama ye~

Alkisah aku sangat-sangatlah homesick sekarang ni. Sepatutnya homesick time awai-awai masuk u dulu..ini dah terbalik..time final sem ni pulak rindu menjadi-jadi. Dok terbayang je wajah Puan Halimah.. memang parah kali ni. Ikutkan hati dah lama fly ke kampung. Tapi disebabkan tanggungjawab dan tuntutan sebagai pelajar aku gagahkan jua. Cobaan...

Jadi aku nak mendeklamasikan satu sajak nukilan kawan aku yang bernama Salmi yang bertajuk "PERANGSANG"..

Tibanya aku di sini
Mencari selautan ilmu
Terpisah dari keluarga
Berdikari di sini

Sepi tak terkira
Keseorangan mencari jalan
Mulalah muncul "Dia"
Yang sudi menjadi teman

Kesepian kian susut
Kegembiraan muncul kini
Namun kerinduanku tidak hilang
Merinduimu

Ibu
Doakanlah kejayaanku
Lawatlah aku di sini
Untuk meneruskan perjuangan

-tamat-

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me


Waktu sekarang

Menarik

Klik !