MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??


its really hurt.

its so painful.


I want to be alone.

just me & myself.


don't bother me.

till I'm gone...

episod 1 : kasih tercipta

4 tahun kami bersahabat dan akhirnya kami jatuh cinta. Cinta kami bukan seperti kisah Kuch Kuch Hota Hai, bukan juga seperti kisah Kuliyah Cinta lakonan Yusri & Era .seperti kisah Romeo & Juliet jauh sekali la...

Kami ada kisah kami sendiri. Kisah yang kami ciptakan. Cinta alam universiti kata orang. 4 tahun sekadar biasa-biasa. Tahun ke 5 kasih tercipta.Tatkala aku menangis, dia pasti ada untuk memujuk walaupun kami bersahabat cuma. 

Tatkala aku hampir rebah, dia ada untuk hulurkan tangan menarik aku dari terus kalah..



Dia selalu cakap hidung aku bulat. Amboi!! kutuk depan nampak.Aku pulak selalu cakap hidung dia macam hidung mak aku. hahaha..


Masa kawan dulu dia panggil aku GEM. GEM adalah ringkasan kepada perkataan Gemuk.Ewah!! Aku pulak takkan berdiam. aku panggil dia ROI.si Boroi..hahahahaha...tu semua citer dulu.kisah lama untuk dikenang :)


Hari tu kami sama-sama menuju ke Universiti Utara Malaysia. Menguruskan application untuk sambung master kat sana. Dia bersama motor merahnya dan aku bersama motor honda pemberian bonda. Konon-konon sehati sejiwa, motor sama-sama pancit kat jalan raya. Tension tak terhingga nasib baik ada pakcik mechanic ronda-ronda bawak tayar. Aduh!! lega. aduhai sayang..memori kita tercipta :) Pakcik motor tanya dia, ini adik ka? Dia sengih-sengih jawab marka. Bila tanya kenapa. Pakcik tu kata muka serupa. Ya ka?? :D

esok sambung cerita. sudah  mau lena..nite




MOHON DIA KEMBALI..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t :)

Entry kali ni berbunyi serius dan sememangnya serius. Kisah benar, kisah sebenar yang terjadi dalam keluarga yang benar-benar menguji kekebalan hati insan yang bernama manusia. Yang pasti hati si Ibu teruji lagi. Membiarkan titisan kaca  jernih mengalir ke pipi tidak sama sekali. Dia takkan mengalirkan air mata tapi aku tahu dia sentiasa menahan sebak di dada. Si Ibu rindu sekali. Rindu pada si anak yang hilang entah ke mana pergi. Anakku hilang lagi. Anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari tiada lagi. Bukan hilang kerana berperang, bukan hilang pergi berjuang tapi dia hilang diambil orang. 

Ibu sujud mengadap Illahi..ibu pohon si anak kembali. Ibu kalah kali ini. Manik jernih itu sudah mengalir ke pipi.. kali ni ibu menangis tak henti-henti. hati ibu dah tak tertanggung lagi..ibu rebah lemah menanti :'(


*Kepada yang baca entry kali ni, mohon doakan abg saya kembali ke sisi, sebab ibu sedang menanti..aku mahu air mata ibu terhenti dan aku tahu rindu ibu akan terhenti bila abang kembali.. 

salam sayang
mamatermuda


 

….

WHEN I SEE MY PAST, I AM AFRAID TO SEE MY FUTURE


Hye Readers, Kepada yang tak tido lagi tu buat ape? Kepada yang sedang tido tu mimpi ape? (kalau tido mana mungkin dia bisa menjawab soalan aku nih! haishh...Teringin aku nak menulis lagi ni dah lama berlubuk kat hati ni. Macam-macam nak tulis. Tapi dek masa yang tak  megizinkan aku simpan dulu dalam kotak hati ni. Simpan dan simpan sampai bertepuk dalam dada. Hapak baunya! haha..

Alkisah aku dah habis praktikal 20hb October lepas. Banyak pengalaman yang aku timba kat sana. Ada la dalam 16 timba. Betul la kata orang, pengalaman buat kita matang dan kata  aku pengalaman buat kita tenang menghadapi hari yang mendatang.Biar taufan halilintar datang menyerang, insyaallah..kita pasti boleh hadapi dengan senang dan nampak jalan yang terang. 5 bulan dok kat Kota Metropolitan tu buat aku makin yakin yang manusia ni memang unik. Macam-macam kerenah,  pelbagai keletah. Tak kira yang muda, yang separa muda dan yang tua semua ada character masing-masing. Yang muda ada yang perasan cukup hebat nak kritik yang tua. Kot ye pun yang tua salah, kena la tegur dengan cara yang paling best dan tak melukakan. Almaklumlah, org lama ni sensitive sikit. Yang tua pulak pantang ditegur, mula darah tinggi. Tak cukup dengan tu ada jugak yang tua yang act macam remaja. Adeh...geli ketiak aaku tengok. Kubur kata mai3, rumah kata syuhh2..tak jugak sedor. Apa boleh buat..kita doalah ye moga kita semua dapat hidayah darinya. Amin..

ha..tu baru introduction dari aku. Alkisah aku sangat la stress skarang ni memikirkan research aku yang dah sangkut kt pokok ketapang ni. Bila dah sangkut susah nak kait balik. Perlukan tenaga dan usaha untuk tarik balik apa yang tersangkut dan kembali ke pangkal jalan. Jap! kembali ke pangkal jalan atau teruskan perjalanan? pangkal kena betul baru boleh teruskan perjalanan mencari kesempurnaan. Oh..Aku perlukan galah  untuk kait. Galah perlu panjang dan kuat untuk kait. Perlukan galah yang sesuai supaya senang nak tarik apa yang tersangkut.
atau?
aku kena panjat pokok tu untuk dapatkan apa yang tersangkut? Hati-hati memanjat takut tergelincir & Gone...

Masa dah makin suntuk tapi aku masih lagi kat sini. Berusaha mengait apa yang dah tersangkut. Panjat? Aku gayat!huhu..Tolonglah..aku stress :'( 

GITARIST DI LEBUH RAYA


Beg ku isi dengan excitednya
Bekas air yang baru ku beli ku selitkan di bahagian tepi beg galasku
Bantal kuning pemberian Farah Zulkifli turut ku bawa
Bahan2 research tak dilupakan
Ku angkat begku lalu ku galas
Aku menuju hentian Duta dengan yakinnya
" Bang, Kamunting malam ni ada? sorry dik! habis"
" Kak, Kamunting Kak?? Habis jugak dik"
Mencari2 dan tercari-cari
Ku lihat tulisan  indah di tiap kaunter
HARAP MAAF TIKET BAS KE UTARA TELAH HABIS
oH, sunggung ku kecewa
Dengan langkah hampa ku menuju ke kereta
Lalu kami ronda2 lebuhrya ingin memujuk hati kononnya
Ku lihat si jejaka membonceng motor menggalas gitarnya
Aku pasti dia juga mahu pulang ke desa
Sepertiku, dia jua turut kecewa
Lalu ku namakan entry ini Gitarist di Lebuh Raya~


HAHAHAHAHAHA!! ENTRY YANG ENTAH APA-APA


NOTE : kejadian berlaku pada 15/9/2011 8.30 malam. Sungguh ku kecewa 

Kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah sepanjang masa.. Aku takda ayah tapi aku ada ABAH. Abah sentiasa dalam hati walaupun dia dah lama pergi..Al-fatihah.. Ibu..Aku takda ibu tapi aku ada MAK yang selalu di sisi. 

Mata dipejam..memori semalam datang lagi. Bukan memori daun pisang seperti lagu Amelina & Iwan. Bukan jugak seperti lagu Memori Berkasih nyanyian Allahyarham Achik & Nana. Ni memori aku dan mak aku. Nak dikongsi tapi memori tu asyik menari-nari di minda dan tak mampu diluah lagi seakan terkunci. Ku biarkan memori itu terus di situ..biar hanya milik aku dan ibu. Haip!! bukan ibu! tapi M.A.K...hehee...

SALAM RAMADHAN BUAT MAK :)

Pesanan : sapa-sapa yang dok buat perangai dengan mak dia p mintak maaf lekaih. Walau orang kata KL ni          semua ada 1 benda ja kita xleh dapat kat sini iaitu MAK kita.( melainkan mak kita dok KL la..hehe...)


"OLA OLI KUBERI NAMA, SAUDARA SAUDARI, CIKKEBUM! CIKKEBUM!!"
haa..ni lagu masa aku kecik dulu. Lagu feveret,huahuahaua.. hish, kalau dikira menggunakan kalender omputih mahupun kalender haiwan, sudah berbulan aku tak memblogkan diri. ape nak buat..kesan sampingan sejak bergelar praktikal student kot.hahaha..so hari ni aku buat come back. cheewah!!

Skang ni aku hidup dalam dua alam. Alam belajar yang nak ditransformasikan ke  alam kerjaya. TRANSFORMER? hish...berduyun-duyun orang tergila2kan cite tu? aku ni sedetik pun xberminat nak tgk. ABNORMALKAH aku?? hahhaa...tapi si BFF berjaya wat aku tertarik nak tgk citer tu. Sebab leh tgk 3D! yeahhh!! beratur punya beratur tiket habis. Maka terkuburlah hasrat aku nak tgk cita 3D. Aku teringin nak pakai cermin mata 3D tu je pun. bukan nak tgk citer tu. Akhirnya kami memilih cita RASUK. Penuh jugak panggung tu ..adakah mereka benar2 mahu menonton filem RASUK ataupun sekadar melepaskan perasaan frust tak dapat tiket transformer. masih menjadi tanda tanya. stop!

Back tu kisah transformasi ke alam kerjaya. Minggu ni minggu ke7 aku bergelar BUDAK INTERN. Maknanya ada lagi 13 minggu. So, ingin sekali aku berkongsi input2 yang aku dapat selama 7 mingguu ni.

1) nervous?? MULAKAN LANGKAH PERTAMA..u will be alrite!
 ni toeri pertama aku. Hari pertama nak lapor diri sangatla mendebarkan. Nak pkai baju apa?     Nak jalan camna? Nak cakap camna? okey ka staff kat sana? kelam kabut la tepon kawan2 sebab takut. Kringgg!!!! jam loceng pun dah bunyi. harinya telah tiba. tik tok tik tok...5.00 pm. dah boleh balik. See!! okey je kan? welcome to the next day. :)

2) PRACTICE MAKE PERFECT
Sejak zaman jepun agaknya teori ni diguna pkai. Atau mungkin di zaman Hang Tuah? Mungkinkah di zaman kegemilangan siti? mungkin! Jepun slalu practice camne nak menjajah. Dan akhirnya aku dijajah.  Tuah? selalu bermain keris. Tikamannya? PERFECT! Samala kes dengan practikal ni.."if u speak Malay, i won't talk to u" kata bos aku. Oleh itu, berbahasa inggerislah aku sepanjang hari. Walaupun masih tak perfect at least IMPROVE. kan?

3) JANGAN TAMAK.
Kadang2 bila kita jadi tamak kita untung....tu KADANG-KADANG. tapi SELALUNYA memang RUGI la..haha.. Alkisah camni. Aku dah dapat tempat utk intern kat oversea tu tapi malangnya pihak U da tutup application utk sem ni. sangat kecewa. Jadi bila motivasikan diri balik takkan aku nak blah je dari tmpat skang semata2 yang tu? TAMAK namanya tu.. dan bila hati betul2 rela melepaskan tawaran tu dan tidak menjadi tamak, hati menjadi bahgia. tak ke UNTUNG tu? :D

4) PLAN YOUR CAREER PATH
Puan supervisor aku selalu pesan. Zaidah! Plan ur career path. What u wanna be dalam masa 5 tahun lagi? where r u lagi 10 tahun? dan beliau buat aku makin teliti merancang masa depanku. thanks puan..i will..


will be continue...

ceria dalam gundah
senyum dalam derita
sebagai pelindung kedukaanku
semoga pelangi indah itu terpancar 
membawa sinar cahaya kegembiraan
buat kau dan dia

jambatan ini hampir runtuh
langkah ini makin rapuh
aku takkan mengeluh
biar tumpah sejuta peluh

aku takkan mengalah
takkan ku biar semangatku patah
biar luka makin parah
akan ku perjuangkan mimpiku yang tak sudah

anganku
cintaku
kasihku
kembalilah
aku masih menunggumu

salam sayang:zaizai@mamatermuda

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me


Waktu sekarang

Menarik

Klik !