MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??

Assalamualaikum dan selamat tahun baru buat semua pembaca. Yes, sangat lama tak update blog. Almost a year dan hari ni aku terpanggil untuk mengupdate blog aku yang habuk berkepoi kepoi nih! haha.. 

Hari ni rasa seperti nak preview 2012 yang aku tinggalkan 4 hari lalu. Bukan aku tapi kita. Kita akan pasti makin jauh meninggalkan 2012 bukan? Kisah gembira, hari ni sambut hari lahir si bongsu kakcik, Nur Qistina Balqiss. Semoga Qistina membesar dengan sihat dan dirahmati Allah SWT ye sayang.

okeh! back to the main story. These is happened on my 2012 :

1) alhamdulillah..konvokesyen di UiTm Arau. Alhamdulillah..aku tafsirkan sebagai berjaya untuk perjuangan kali ini. Berkat doa keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah..

2) Joined banking industry selama dua bulan. berjumpa teman baru, tempat baru dan kehidupan baru. Alam pekerjaan yang lain sekali dan aku tafsirkan " tak best". haha.. Hati seperti masih belum menerima yang diri ni kononnya dah dewasa. Nekad! berhenti kerja dan kembali ke utara negara.

3) September..kembali ke dunia yang aku pasti aku gembira untuk berada. Back to School!! hoyeehh!! i was so happy to further my master degree.  Kali ni sendiri berjuang tanpa teman di sisi. yang menemani si Wira hijau pusing sana sini. Haha!


4) Teruji..November! Si ibu yang dikasihi sakit dan kini tak mampu lagi berdiri. Lukanya kelihatan kecil di kaki tapi inilah ujian Illahi. Penyakit diabetes bukan main-main lagi.. Aku yakin Allah menguji supaya kami ingat pada Illahi..semoga ibu pulih kembali..
Universiti? Mungkin kali ini belum rezeki :)



Hohoho!
Time to sleep. Esok nak pergi rumah kak linda kat aloq staq. Bye!






            Wah! Hujan sangat lebat di teratak lembah impiana. Selebat air mata aku yang turun lepas tengok result malam tadi.hehe.. Akhirnya, aku dah sampai ke penghujungnya. Insyaallah, sarjana muda menjadi milik aku. Bukan milik aku tapi milik kami. Syukur ke hadrat Allah SWT akhirnya impian jadi kenyataan.  Lebih menggembirakan bila selempang tu akan jadi milik kami nanti. Insyaallah..
(kami here refer to me & jiejie :)

               Awal pagi terus telefon mak. Mum..finally i got the award.  Tak lengkap rasanya bila kegembiraan ni tak dikongsi bersama si dia yang melahirkan, si dia yang membesarkan..Sesungguhnya kejayaan ini berkat doa dia, si ibu yang meniti akhir usianya.. Terkenang malam study week semester pertama dulu, kononnya aku nak "stay up" tapi takut sangat nak berjaga malam. Takut hantu! haha.. nasib baik ada si dia untuk menemani. Berkat darinya aku tersenyum hari ini :)

          Buat kamu, Mr. T, tahniah! kali ni awak menang. Your result is better than me. Jelous3 tapi gembira sangat untuk awak ^____^ So, kena cari keja cepat-cepat. Kumpul duit banyak-banyak sebab banyak lagi untuk kita kejarkan masa depan kan? Yang pasti sy nak bunga besar konvo nanti. Plus teddy bear plus chocolate. even me tak suka chocolate, nak jugak. tak kira tak kira.hehehe.. insyaallah, something special for you as well..let's wait & c :D

           Sekian saja entry kali ni, 
To all Hastarian iaitu all my classmates & "universitimates", CONGRATULATION!! yeahh!!wslm...




Ia bukan Pashmina Sutera, bukan jua selempang biasa...Memakainya bisa buat hati kecil tak keruan, gembira tak terkira.. May is waiting..same goes to you Ms Selempang :) (gambar hiasan tiada kaitan dengan kisah selendang tersebut. sekadar ilusi.hahhaa)




Finally..We did it!!


next episode : Appreciation  to all my lecturer.. coming soon.hehe..tata!

Aku tak pasti..

       Pada suatu hari iaitu hari ni aku sedang melepak bersama anak-anak sedara aku di telatak lembah impiana milik kakcik. Sambil dengar lagu Ombak Rindu, ditambah pula dengan suasana redup menanti hujan.. sang otak asyik memikirkan sesuatu. Mungkin sedang memikirkan soal hati, mungkin juga soal masa depan atau soal impian? Aku tak pasti. Aku tak pasti dan aku sangat tak pasti hari ini.

Aku pasti yang aku sangat tak pasti tentang itu..

 

Bila semua  orang dirasakan sama, who am i to you?

cinta biarr 1000

kata orang berkawan biar seribu bercinta biar satu.
argghh!!!!

Persoalannya:

1) apa guna kawan ada seribu tapi satu pun tak boleh pakai. Hey!! kawan bukan untuk digunapakai. kawan untuk dihargai..untuk dikasihi...

2) bercinta biar satu. tak mahu!! bercinta banyak2 dan setia pd yang satu. 

Mencari Azam Baru

Assalammualaikum wbt buat saudara seagama & salam sejahtera buat yang lain. 


Hari ke-6 tahun baru, aku masih lagi terpinga-pinga memikirkan azam tahun lepas. Dah tak ingat apa yang diazamkan. Bila selak balik diari tahun lalu,hah! terpampang akan azam itu. Yang pasti ianya sudah tercapai. Alhammdulillah... :)



its really hurt.

its so painful.


I want to be alone.

just me & myself.


don't bother me.

till I'm gone...

episod 1 : kasih tercipta

4 tahun kami bersahabat dan akhirnya kami jatuh cinta. Cinta kami bukan seperti kisah Kuch Kuch Hota Hai, bukan juga seperti kisah Kuliyah Cinta lakonan Yusri & Era .seperti kisah Romeo & Juliet jauh sekali la...

Kami ada kisah kami sendiri. Kisah yang kami ciptakan. Cinta alam universiti kata orang. 4 tahun sekadar biasa-biasa. Tahun ke 5 kasih tercipta.Tatkala aku menangis, dia pasti ada untuk memujuk walaupun kami bersahabat cuma. 

Tatkala aku hampir rebah, dia ada untuk hulurkan tangan menarik aku dari terus kalah..



Dia selalu cakap hidung aku bulat. Amboi!! kutuk depan nampak.Aku pulak selalu cakap hidung dia macam hidung mak aku. hahaha..


Masa kawan dulu dia panggil aku GEM. GEM adalah ringkasan kepada perkataan Gemuk.Ewah!! Aku pulak takkan berdiam. aku panggil dia ROI.si Boroi..hahahahaha...tu semua citer dulu.kisah lama untuk dikenang :)


Hari tu kami sama-sama menuju ke Universiti Utara Malaysia. Menguruskan application untuk sambung master kat sana. Dia bersama motor merahnya dan aku bersama motor honda pemberian bonda. Konon-konon sehati sejiwa, motor sama-sama pancit kat jalan raya. Tension tak terhingga nasib baik ada pakcik mechanic ronda-ronda bawak tayar. Aduh!! lega. aduhai sayang..memori kita tercipta :) Pakcik motor tanya dia, ini adik ka? Dia sengih-sengih jawab marka. Bila tanya kenapa. Pakcik tu kata muka serupa. Ya ka?? :D

esok sambung cerita. sudah  mau lena..nite




MOHON DIA KEMBALI..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t :)

Entry kali ni berbunyi serius dan sememangnya serius. Kisah benar, kisah sebenar yang terjadi dalam keluarga yang benar-benar menguji kekebalan hati insan yang bernama manusia. Yang pasti hati si Ibu teruji lagi. Membiarkan titisan kaca  jernih mengalir ke pipi tidak sama sekali. Dia takkan mengalirkan air mata tapi aku tahu dia sentiasa menahan sebak di dada. Si Ibu rindu sekali. Rindu pada si anak yang hilang entah ke mana pergi. Anakku hilang lagi. Anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari tiada lagi. Bukan hilang kerana berperang, bukan hilang pergi berjuang tapi dia hilang diambil orang. 

Ibu sujud mengadap Illahi..ibu pohon si anak kembali. Ibu kalah kali ini. Manik jernih itu sudah mengalir ke pipi.. kali ni ibu menangis tak henti-henti. hati ibu dah tak tertanggung lagi..ibu rebah lemah menanti :'(


*Kepada yang baca entry kali ni, mohon doakan abg saya kembali ke sisi, sebab ibu sedang menanti..aku mahu air mata ibu terhenti dan aku tahu rindu ibu akan terhenti bila abang kembali.. 

salam sayang
mamatermuda


 

….

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

There was an error in this gadget

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me

Waktu sekarang

Menarik

Klik !