MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??


its really hurt.

its so painful.


I want to be alone.

just me & myself.


don't bother me.

till I'm gone...

episod 1 : kasih tercipta

4 tahun kami bersahabat dan akhirnya kami jatuh cinta. Cinta kami bukan seperti kisah Kuch Kuch Hota Hai, bukan juga seperti kisah Kuliyah Cinta lakonan Yusri & Era .seperti kisah Romeo & Juliet jauh sekali la...

Kami ada kisah kami sendiri. Kisah yang kami ciptakan. Cinta alam universiti kata orang. 4 tahun sekadar biasa-biasa. Tahun ke 5 kasih tercipta.Tatkala aku menangis, dia pasti ada untuk memujuk walaupun kami bersahabat cuma. 

Tatkala aku hampir rebah, dia ada untuk hulurkan tangan menarik aku dari terus kalah..



Dia selalu cakap hidung aku bulat. Amboi!! kutuk depan nampak.Aku pulak selalu cakap hidung dia macam hidung mak aku. hahaha..


Masa kawan dulu dia panggil aku GEM. GEM adalah ringkasan kepada perkataan Gemuk.Ewah!! Aku pulak takkan berdiam. aku panggil dia ROI.si Boroi..hahahahaha...tu semua citer dulu.kisah lama untuk dikenang :)


Hari tu kami sama-sama menuju ke Universiti Utara Malaysia. Menguruskan application untuk sambung master kat sana. Dia bersama motor merahnya dan aku bersama motor honda pemberian bonda. Konon-konon sehati sejiwa, motor sama-sama pancit kat jalan raya. Tension tak terhingga nasib baik ada pakcik mechanic ronda-ronda bawak tayar. Aduh!! lega. aduhai sayang..memori kita tercipta :) Pakcik motor tanya dia, ini adik ka? Dia sengih-sengih jawab marka. Bila tanya kenapa. Pakcik tu kata muka serupa. Ya ka?? :D

esok sambung cerita. sudah  mau lena..nite




MOHON DIA KEMBALI..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t :)

Entry kali ni berbunyi serius dan sememangnya serius. Kisah benar, kisah sebenar yang terjadi dalam keluarga yang benar-benar menguji kekebalan hati insan yang bernama manusia. Yang pasti hati si Ibu teruji lagi. Membiarkan titisan kaca  jernih mengalir ke pipi tidak sama sekali. Dia takkan mengalirkan air mata tapi aku tahu dia sentiasa menahan sebak di dada. Si Ibu rindu sekali. Rindu pada si anak yang hilang entah ke mana pergi. Anakku hilang lagi. Anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari tiada lagi. Bukan hilang kerana berperang, bukan hilang pergi berjuang tapi dia hilang diambil orang. 

Ibu sujud mengadap Illahi..ibu pohon si anak kembali. Ibu kalah kali ini. Manik jernih itu sudah mengalir ke pipi.. kali ni ibu menangis tak henti-henti. hati ibu dah tak tertanggung lagi..ibu rebah lemah menanti :'(


*Kepada yang baca entry kali ni, mohon doakan abg saya kembali ke sisi, sebab ibu sedang menanti..aku mahu air mata ibu terhenti dan aku tahu rindu ibu akan terhenti bila abang kembali.. 

salam sayang
mamatermuda


 

….

WHEN I SEE MY PAST, I AM AFRAID TO SEE MY FUTURE


Hye Readers, Kepada yang tak tido lagi tu buat ape? Kepada yang sedang tido tu mimpi ape? (kalau tido mana mungkin dia bisa menjawab soalan aku nih! haishh...Teringin aku nak menulis lagi ni dah lama berlubuk kat hati ni. Macam-macam nak tulis. Tapi dek masa yang tak  megizinkan aku simpan dulu dalam kotak hati ni. Simpan dan simpan sampai bertepuk dalam dada. Hapak baunya! haha..

Alkisah aku dah habis praktikal 20hb October lepas. Banyak pengalaman yang aku timba kat sana. Ada la dalam 16 timba. Betul la kata orang, pengalaman buat kita matang dan kata  aku pengalaman buat kita tenang menghadapi hari yang mendatang.Biar taufan halilintar datang menyerang, insyaallah..kita pasti boleh hadapi dengan senang dan nampak jalan yang terang. 5 bulan dok kat Kota Metropolitan tu buat aku makin yakin yang manusia ni memang unik. Macam-macam kerenah,  pelbagai keletah. Tak kira yang muda, yang separa muda dan yang tua semua ada character masing-masing. Yang muda ada yang perasan cukup hebat nak kritik yang tua. Kot ye pun yang tua salah, kena la tegur dengan cara yang paling best dan tak melukakan. Almaklumlah, org lama ni sensitive sikit. Yang tua pulak pantang ditegur, mula darah tinggi. Tak cukup dengan tu ada jugak yang tua yang act macam remaja. Adeh...geli ketiak aaku tengok. Kubur kata mai3, rumah kata syuhh2..tak jugak sedor. Apa boleh buat..kita doalah ye moga kita semua dapat hidayah darinya. Amin..

ha..tu baru introduction dari aku. Alkisah aku sangat la stress skarang ni memikirkan research aku yang dah sangkut kt pokok ketapang ni. Bila dah sangkut susah nak kait balik. Perlukan tenaga dan usaha untuk tarik balik apa yang tersangkut dan kembali ke pangkal jalan. Jap! kembali ke pangkal jalan atau teruskan perjalanan? pangkal kena betul baru boleh teruskan perjalanan mencari kesempurnaan. Oh..Aku perlukan galah  untuk kait. Galah perlu panjang dan kuat untuk kait. Perlukan galah yang sesuai supaya senang nak tarik apa yang tersangkut.
atau?
aku kena panjat pokok tu untuk dapatkan apa yang tersangkut? Hati-hati memanjat takut tergelincir & Gone...

Masa dah makin suntuk tapi aku masih lagi kat sini. Berusaha mengait apa yang dah tersangkut. Panjat? Aku gayat!huhu..Tolonglah..aku stress :'( 

GITARIST DI LEBUH RAYA


Beg ku isi dengan excitednya
Bekas air yang baru ku beli ku selitkan di bahagian tepi beg galasku
Bantal kuning pemberian Farah Zulkifli turut ku bawa
Bahan2 research tak dilupakan
Ku angkat begku lalu ku galas
Aku menuju hentian Duta dengan yakinnya
" Bang, Kamunting malam ni ada? sorry dik! habis"
" Kak, Kamunting Kak?? Habis jugak dik"
Mencari2 dan tercari-cari
Ku lihat tulisan  indah di tiap kaunter
HARAP MAAF TIKET BAS KE UTARA TELAH HABIS
oH, sunggung ku kecewa
Dengan langkah hampa ku menuju ke kereta
Lalu kami ronda2 lebuhrya ingin memujuk hati kononnya
Ku lihat si jejaka membonceng motor menggalas gitarnya
Aku pasti dia juga mahu pulang ke desa
Sepertiku, dia jua turut kecewa
Lalu ku namakan entry ini Gitarist di Lebuh Raya~


HAHAHAHAHAHA!! ENTRY YANG ENTAH APA-APA


NOTE : kejadian berlaku pada 15/9/2011 8.30 malam. Sungguh ku kecewa 

Kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah sepanjang masa.. Aku takda ayah tapi aku ada ABAH. Abah sentiasa dalam hati walaupun dia dah lama pergi..Al-fatihah.. Ibu..Aku takda ibu tapi aku ada MAK yang selalu di sisi. 

Mata dipejam..memori semalam datang lagi. Bukan memori daun pisang seperti lagu Amelina & Iwan. Bukan jugak seperti lagu Memori Berkasih nyanyian Allahyarham Achik & Nana. Ni memori aku dan mak aku. Nak dikongsi tapi memori tu asyik menari-nari di minda dan tak mampu diluah lagi seakan terkunci. Ku biarkan memori itu terus di situ..biar hanya milik aku dan ibu. Haip!! bukan ibu! tapi M.A.K...hehee...

SALAM RAMADHAN BUAT MAK :)

Pesanan : sapa-sapa yang dok buat perangai dengan mak dia p mintak maaf lekaih. Walau orang kata KL ni          semua ada 1 benda ja kita xleh dapat kat sini iaitu MAK kita.( melainkan mak kita dok KL la..hehe...)


"OLA OLI KUBERI NAMA, SAUDARA SAUDARI, CIKKEBUM! CIKKEBUM!!"
haa..ni lagu masa aku kecik dulu. Lagu feveret,huahuahaua.. hish, kalau dikira menggunakan kalender omputih mahupun kalender haiwan, sudah berbulan aku tak memblogkan diri. ape nak buat..kesan sampingan sejak bergelar praktikal student kot.hahaha..so hari ni aku buat come back. cheewah!!

Skang ni aku hidup dalam dua alam. Alam belajar yang nak ditransformasikan ke  alam kerjaya. TRANSFORMER? hish...berduyun-duyun orang tergila2kan cite tu? aku ni sedetik pun xberminat nak tgk. ABNORMALKAH aku?? hahhaa...tapi si BFF berjaya wat aku tertarik nak tgk citer tu. Sebab leh tgk 3D! yeahhh!! beratur punya beratur tiket habis. Maka terkuburlah hasrat aku nak tgk cita 3D. Aku teringin nak pakai cermin mata 3D tu je pun. bukan nak tgk citer tu. Akhirnya kami memilih cita RASUK. Penuh jugak panggung tu ..adakah mereka benar2 mahu menonton filem RASUK ataupun sekadar melepaskan perasaan frust tak dapat tiket transformer. masih menjadi tanda tanya. stop!

Back tu kisah transformasi ke alam kerjaya. Minggu ni minggu ke7 aku bergelar BUDAK INTERN. Maknanya ada lagi 13 minggu. So, ingin sekali aku berkongsi input2 yang aku dapat selama 7 mingguu ni.

1) nervous?? MULAKAN LANGKAH PERTAMA..u will be alrite!
 ni toeri pertama aku. Hari pertama nak lapor diri sangatla mendebarkan. Nak pkai baju apa?     Nak jalan camna? Nak cakap camna? okey ka staff kat sana? kelam kabut la tepon kawan2 sebab takut. Kringgg!!!! jam loceng pun dah bunyi. harinya telah tiba. tik tok tik tok...5.00 pm. dah boleh balik. See!! okey je kan? welcome to the next day. :)

2) PRACTICE MAKE PERFECT
Sejak zaman jepun agaknya teori ni diguna pkai. Atau mungkin di zaman Hang Tuah? Mungkinkah di zaman kegemilangan siti? mungkin! Jepun slalu practice camne nak menjajah. Dan akhirnya aku dijajah.  Tuah? selalu bermain keris. Tikamannya? PERFECT! Samala kes dengan practikal ni.."if u speak Malay, i won't talk to u" kata bos aku. Oleh itu, berbahasa inggerislah aku sepanjang hari. Walaupun masih tak perfect at least IMPROVE. kan?

3) JANGAN TAMAK.
Kadang2 bila kita jadi tamak kita untung....tu KADANG-KADANG. tapi SELALUNYA memang RUGI la..haha.. Alkisah camni. Aku dah dapat tempat utk intern kat oversea tu tapi malangnya pihak U da tutup application utk sem ni. sangat kecewa. Jadi bila motivasikan diri balik takkan aku nak blah je dari tmpat skang semata2 yang tu? TAMAK namanya tu.. dan bila hati betul2 rela melepaskan tawaran tu dan tidak menjadi tamak, hati menjadi bahgia. tak ke UNTUNG tu? :D

4) PLAN YOUR CAREER PATH
Puan supervisor aku selalu pesan. Zaidah! Plan ur career path. What u wanna be dalam masa 5 tahun lagi? where r u lagi 10 tahun? dan beliau buat aku makin teliti merancang masa depanku. thanks puan..i will..


will be continue...

ceria dalam gundah
senyum dalam derita
sebagai pelindung kedukaanku
semoga pelangi indah itu terpancar 
membawa sinar cahaya kegembiraan
buat kau dan dia

jambatan ini hampir runtuh
langkah ini makin rapuh
aku takkan mengeluh
biar tumpah sejuta peluh

aku takkan mengalah
takkan ku biar semangatku patah
biar luka makin parah
akan ku perjuangkan mimpiku yang tak sudah

anganku
cintaku
kasihku
kembalilah
aku masih menunggumu

salam sayang:zaizai@mamatermuda


i choose to keep it 
dig a big hole inside
throw it far away 
deep into my heart
i wish i hope
when i wake up tomorrow
the miracles come out 


after all..i am a loser..



I'm feeling so alone now tonight
Even though you're here by my side
Is there something on your mind
From the world you'd left behind

I feel as if the loved shared before 
Doesn't wanna be here no more
And if there's something on your mind
There's never been a better time
To tell me

Do you love me
Still wanting me
Like I need you, oh

There came a crossing on the road
If only there were signs to show me
Which direction I should go
I live my life with no regrets
It hasn't caught up on me yet
But I never knew I was losing you

I wonder as you walk through the door
Are you gonna hurt me some more
Never took you for the kind
Who would play up on my mind

Tell me what are you looking for
I can't play your games anymore
And when there's something on my mind
I will always find the time
To tell you

I still love you
Still wanting you
How I need you, oh

There came a crossing on the road
If only there were signs to show me
Which direction I should go
I live my life with no regrets
It hasn't caught up on me yet
Well I never knew I was losing you
Losing you

It's not for the first time
That someone else has hurt me
By faking it too long
Where did we go wrong, yeah

There came a crossing on the road
If only there were signs to show me
Which direction I should go
I live my life with no regrets
It hasn't caught up on me yet
Well I never knew I was losing you

There came a crossing on the road
If only there were signs to show me
Which direction I should go
I live my life with no regrets
It hasn't caught up on me yet
Well I never knew I was losing you
Losing you

Peoples keep blaming on you till they know the reality

after they realized the truth then one word came out

"SORRY"..

SORRY, UR SORRY IS REJECTED!!


Dengan ini aku umumkan aku da 17 lagu kat blog aku. yihaa!! excited..hgpa pilih la nak dengaq lagu apa na. Kalau entry sedih pilih lagu sedih.. kalau entry gumbira..dengaq lagu gembira. mai mai mai...dengaq lagu kat blog saya. hahaha...
lagu lama semua. aku kan old timer sikit...huhu

kalau korang nak letak gak p kat mixpot.com.

sekian~

kalau tangan kena pisau pastu letak limau agak2 sakit x?

kalau tangan luka kena pisau kalau taruk garam pedih x?

kalau letak dua-dua skali??

Dalam kelas OM kn?
R.I.N.D.U


     Hai bloggers. It's me mamatermuda.come again..with my new entry title R.i.N.D.U.. Sejujurnya aku rindu sangat2 pada orang yang namanya Nur Faten Farah, Noor Hana dan Nor Laily. 3 insan yang cukup buat aku bahagia masa zaman diploma dulu. Habis je diploma masing2 bawak diri. Faten meneruskan perjuangan dia dalam bidang pemasaran. Hana plak turut sama kat arau dengan aku tapi berlainan jurusan. Dan disebabkan itu jugak dan makin jauh. Sibuk dengan activity masing2. Aku dan Laily masih lagi bersama. Kebetulan memilih jurusan yang sama dan ditempatkan di universiti yang sama, di bilik yang sama dan rumah sewa yang sama. hmm..kenangan..cukup mengusik jiwa...

Ingat lagi waktu tu..
Malam, kul 8 lebih kat Merbok. Ada kelas malam..Kami berempat kelam kabut daki tingkat atas bangunan. Takde orang pun. Tiba2 gelap..hantu!!!!! haha...rupanya kami berempat salah kelas. Terkepit jalan turun bawah sebab takut. (Hana & Lily..time turun tangga tu lampu padam sebab aten yang main la. tapi yang padam kali kedua tu sape yg main lampu??? )hehe...rindu sgt.

Ingat lagi waktu tu..
Kita sama2 makan kat tangga blok B. Aku suap korang kan? Dah la tangan tak basuh..korang main makan je..kan? kan? Aduh!! rasa macam benda cucuk-cucuk kat jantung ni. Maknenya rindu sangat kat kenangan kita tu..

Ingat lagi waktu tu..
Kita outing pastu kita semua beli baju baru kan? heehhe...Beli kat kedai luar kt Giant. Balik je kta main make up2. hahahahha..macam2 la...

Ingat lagi waktu tu..
Kelas mandarin. Kita dok belakang skali. Dengan wajah laoshi yang ala2 raja lawak tu buat kita pecah perut. Tapi kita cuma gelak bila orang lain diam. Sebab kita dok belakang. Info smpai lambat sikit. Orang habis gelak baru kita gelak. Aneh betul kita ni.kn?kn?


Ingat lagi waktu tu..
Kelas laoshi lagi. Kali ni dok belakang jugak. Hana dok tepi pintu. Pastu aku, Laily and Aten. Hana bisik2 kat aku kata ada bunyi kat luar. Bila tgk xde sape. Ape lagi..meremang bulu roma. Aku & hana konon2 cool..pastu pintu tu ada orang tarik2 plak dah. Lagi la menggigil kami dua. Ape lagi..lari p dok depan time laoshi tgh sibuk ngajar.hikhik.. Bila nampak aku & Hana bangun dok tempat lain..Laily pun slamber bangun pindah tempat. Tinggal aten sorang2. Pstu semua orang tengok Aten. Diorang ingat kami semua lari sebab aten kentut.hahahaha..kesian Aten. jadi mangsa ketakutan aku dan Hana. AHAHHahahahaha.. (aku gelak tapi  nangis ni.sbb aku rindu sangat kat hangpa 3. :'(

Hmm..nampaknya..zaman diploma dah berakhir. begitu jugak zaman ijazah kita. Xlama lagi kita akan masuk alam lain. Alam kerja kata orang. Aku doa..moga kita ber4 berjaya dalam hidup masing. Moga kita dipanjangkan umor dan dikekalkan jodoh untuk terus bersahabat.


Aku cinta..aku rindu..pada kau yang bergelak sahabat..moga  kasih kita terus mewangi dan segar bak kelopak mawar.

salam sayang

zaizai @mamatermuda


i was 22 yesterday~
(ditulis pd 27 mAy ye entry ni.baru pos.hee)

menurut sumber lebih kurang 3.48 ptg aku di celik mata tgk dunia. sebab tu agaknya perangai suam2 kuku punya degil tu. hahah..hmm...aku dok fikir sejak 5 tahun dulu, agak2 sape la doctor kacak yg sambut aku time tu kan? agak2 sapela yg dok katil sebelah aku time tu?hahaha.. sampai skang xdapat jawapan..

alkisah kakak2 & abg2 aku tu suka sgt cakap aku ni anak angkat dalam family ni. Uishh..masa kecik2 ni mmg aku teriak la kalau depa kata lagu ni. Depa apa lagi..syok sakan la... Depa selalu kata ada "adik dah, hg tu anak angkat ja tau. Masa hg kecik ada cina mana tah hantaq hg kt umah ni". huaaaaaaaaaaaaaaaaa............ape lagi..teriakk la aku. nasib baik aki tak lari dari rumah. ape punya lawak la kakak2 & abg aku ni.hahahha...

masa dulu-dulu susah.Kesian mak aku nak bela aku sampai jd besaq lagu ni..huhu..sapa2 nak tau pasal kehebatan mak aku baca la entry "ros kuning dari ibu" yg aku tulis kt blog tu.hehehe (cubaan mempromote blog ni)

alkisah sambung balik..aku pun dah makin besar dan comel. Kalau nak banding ngn mia sara tu agaknya aku comel lebih sikit la..haha.. Masa tadika, aku naik basikal p skolah ngn abg lie. Kena angkat kaki tinggi2 takut tersepit kat rantai basikal.hahaha.. Masa tadika aku masuk pertandingan lumba lari. dapat no 1.yeahh!! hebat x? dapat hadiah balang gula. sampai skng balang tu digunakan lagi.hahha..hebat x? tapi aku da 1 mslh iaitu aku xleh perform kalau da family or adik beradik tgk. malu...hehee...pelik x?

happy birthday zaidah! wah..umoq aku dah 13 waktu ni. Dapat hadiah dari kawan2 kt asrama dulu. Antaranya adalah : 1. kak ana ceroboh masuk dlm almari aku sbb nak letak hadiah.heheh..dapat sepit rambut cantik sgt..dia beli kt pangkor kalau xsilap. 2 . CD ada tulis Happy birthday hadiah dari :Amirah Izzati Zaidi. masih disimpan lagi.. 3. kasut skolah pallas jazz dari Azureen Pista..hehehe... makasih na kawan2.

next!!
umo aku da 17..ish..nak ambik SPM dah ni. Malangnya..xbape nak sedar SPM tu penting..haishh..xmatang lagi Norzaidah ni. konon sweet 17th la time ni.hahahhaa....

happy birthday mamatermuda. hah! ni masa umo 19, dah masuk universiti dah time ni.hehe....nama mamatermuda tu tajul punya keja la ni. Bersekongkol dgn si :Nuo Aiman & Syed Nizar. sabor jela.....

dan hari ni, ehem2..happy birthday zaidah!! OMG! OMG! i am already 23......oh no..akai pun xbape cukup g ni.hahaha...maka, aku pasrah untuk mengishtiharkan diriku sebagai Wanita berumur 23 tahun.. WANITA??? eh! REMAJA..hahahhaa..and masa untuk ucapkan goodbye 22 and welcome to 23!.hehehe...

sekian, terima kasihh kerana mendoakan saya.

teringin bebenor nak makan kek.

lots ot love,
zaizai @ mamatermuda 

serabut!!

sekian lama tidak memblogger..i'm back!

exam tak habis lagi. tinggal 1 paper 10hb ni. Risk Management. jap tadi baru setel paper COMPENSATION. Aduhai..aku dapat merasakan kehancusan jawapan aku tadi. bukan je paper tadi bahkan paper2 sebelum ni. hasilnya! aku sangat serabut sekarang ni. Semalam siap mimpi pasal result yang jatuh merudum tu. ngeri sangat..huhu..

Dimaklumkah rumah sewa aku takdak air lagi. arhhh..menambahkan keserabutan di jiwa je. hari-hari dengan muka xmandi masuk kolej tumpang mandi. sabor jela. sangat-sangatla menduga exam kali ni.

lagi serabut bila note untuk paper risk entah ke mana. 

dan menantikan surat practikal pun wat aku bertambah serabut.. dalam emel da dapat tapi tunggu surat dari company tu x jugak sampai..huhu..

alkisah pracktikal :


Kepada Cik Norzaidah Binti Mad Daud,

Ingin diberitahu,berhubung perkara dibawah,pihak kami tidak dapat memberi elaun praktikal seperti yang diminta sebanyak RM2000.00.Pihak kami hanya akan memberi elaun untuk praktikal mengikut kelulusan Cik Norzaidah adalah sebanyak RM700.00.Sekiranya berminat sila hubungi saya.


emel ni aku dapat dari company yg aku apply tu. tersangatla lawak bila aku tersalah bagi resume. terbagi resume yang ada expected salary lak tu. nak apply practical xperlu tulis expected salary. ikut suka company la nak bagi elaun or x. aiyok!! wat malu je norzaidah ni.

aku da kol company tu..seb bek diorg stuju nak ambik aku. elaun 700 kira orite la kan? kn?

kpd encik company, tolong la fax surat cepat. kalau stuju ambikk kot fon je mane leh..please please...sy mau surat itu.huhu...

sekian

semoga serabut ini berkurangan..hahah... tata.

Nama aku Gebu. Aku seekor kucing yang gemuk dan sihat. Gebu ada tuan namanya Abu. Abu gila sebab Abu je betul-betul suka kawan dengan Gebu. Dulu Abu kutip Gebu kat longkang. Masa tu Gebu lari dari tuan Gebu yang lama. Terima kasih Abu sebab sudi kutip Gebu. Hari tu tuan Gebu yang lama datang balik cari Gebu. Gebu takut sangat-sangat. Gebu rasa macam nak lari jauh-jauh. Ketakutan Gebu makin kurang bila ada Abu. Gebu percayakan Abu. Kat sini hanya Abu yang betul-betul kasih pada Gebu.

Pada satu hari Abu cakap kat Gebu yang Abu sayangkan Gebu. Abu cakap nak jaga Gebu baik-baik. Abu janji takkan layan Gebu macam tuan lama Gebu dulu. Gebu sedih dan terharu dengan kata-kata Abu. Jauh dalam sudut hati Gebu, Gebu sangat sayangkan Abu. Tapi..betul ke Abu jujur sayangkan Gebu yang hina ni. Hari-hari Gebu fikir. Abu ada banyak pilihan lain. Yang lebih cantik..yang lebih bijak..yang lebih baik dari Gebu. Gebu rasa diri Gebu sangat tak layak untuk Abu. Akhirnya Gebu terima Abu :)

Petang-petang Abu selalu bawak Gebu jalan-jalan kat taman. Abu beli makanan mahal-mahal untuk Gebu. Abu usap kepala Gebu hari-hari. Gebu gembira sangat bila bersama Abu. Kalau Abu terkasar bahasa dengan Gebu, hati Gebu mudah betul tersentuh. Gebu terus menangis. Gebu susah nak menangis tapi bila dengan Abu Gebu akan jadi lain. Sensitif betul Gebu ni. Bila dengan Abu, Gebu mudah nak luahkan semuanya dekat Abu. Hanya Abu yang tau kisah silam Gebu dengan tuan Gebu yang dulu. Kadang-kadang Gebu akan teringat apa yang dah jadi dulu. Gebu menangis kuat-kuat sebab tak tahan mengenangkan apa yang dah jadi dulu. Gebu sedih sangat Abu. Tolong Gebu... pernah satu petang Abu bawak Gebu jalan-jalan kat taman. Tiba-tiba mood Gebu berubah. Gebu jadi takut dengan Abu. Gebu nampak wajah tuan Gebu yang lama pada Abu. Gebu nangis kuat-kuat. Gebu takut. Gebu sedih. Masa tu Abu pujuk Gebu. Gebu lari dari Abu tapi Abu tetap setia ikut Gebu. Abu pujuk Gebu. Kesian Abu bila Gebu buat macam ni. Maafkan Gebu..Gebu tak boleh kawal perasaan Gebu lagi.. Gebu sedih :'[

Gebu dan tenang sekarang. Terima kasih Abu sebab pujuk Gebu yang mengada ni. Gebu mintak maaf..Gebu lupa yang Gebu tak patut mengada-ngada dengan Abu. Lepas tu hubungan Abu dan Gebu makin ok. Gebu makin sayangkan Abu. Sayang sangat-sangat. Tiap masa Gebu rindukan Abu. Baru-baru ni Gebu diduga lagi. Kali ni hati Gebu betul-betul sakit. Gebu bukan sakit hati dengan Abu tapi pada diri Gebu sendiri. Baru-baru ni Gebu dapat tau kawan Abu sukakan Abu. Kawan Abu kenal Abu lebih awal dari Gebu. Kawan Abu baik..kawan Abu bijak dari Gebu. Kawan Abu lebih hebat dari Gebu.  Gebu dah mula rasa rendah diri. Gebu  mula membandingkan diri Gebu dengan kawan Abu tu. Makin hari Gebu makin yakin kawan Abu memang betul-betul sukakan Abu. Tapi Abu tak perasan. Bila Gebu bagitau Abu mesti Abu marah. Abu cakap Gebu merepek. Abu pernah warning Gebu kalau Gebu cakap camni lagi Abu akan betul-betul tinggalkan Gebu dan pergi kat kawan Abu tu. Abu jugak pernah halau Gebu pergi balik kat tuan Gebu yang dulu. Sampaii hati Abu...Abu..Gebu betul-betul sedih bila Abu cakap camtu. Betul ke Abu nak tinggalkan Gebu? Betul ke nak Gebu balik kat tuan Gebu tu?? Gebu fikir pasal ni hari-hari lepas Abu cakap camtu.

Sekarang ni bila keluar  jalan-jalan dengan Abu, Gebu dah tak mampu nak cakap banyak dengan Abu lagi. Bukan sebab Gebu dah tak sayangkan Abu tapi Gebu sedih. Bila jumpa Abu, Gebu curi-curi tengok wajah Abu. Hati Gebu jadi makin sayu tiap kali pandang wajah Abu. Gebu takut kehilangan Abu. Macam-macam Gebu pikir. Gebu teringat kata-kata Abu..Abu sanggup gadaikan satu nyawa Abu untuk Gebu walaupun Gebu ada 9 nyawa lagi. Abu cakap Gebu boleh mintak apa ja dari Abu. Abu akan tunaikan semua permintaan Gebu tu. Abu..Gebu taknak mintak apa-apa dari Abu. Gebu cuma nak Abu je..Abu tolongla Gebu..jangan tinggal Gebu.. tapi kalau satu hari Abu dah berubah hati..Gebu rela Abu lepaskan Gebu..tapi jangan halau Gebu balik kat tuan Gebu ye..

Abu..kenapa dengan Gebu ni. Kenapa dengan hati Gebu ni..Gebu sedih..hati Gebu terguris.. Gebu rayu kat Abu..tolong pujuk hati Gebu ni. Makin hari hati Gebu makin sedih..Gebu menangis..pujukla Gebu.. Hahaha..Gebu memang mengada. Gebu lupa janji Gebu pada Abu. Tak boleh mengada-ngada.

Abu, Gebu sedar kekurangan diri..Gebu takkan mintak lebih dari Abu..

:::::::::::::::::::::::::::::::::GEBU SAYANG ABU :::::::::::::::::::::::::::::::::


SAYA SANGAT SAYANGKAN SEMUA ORANG DI SEKELILING SAYA :)

lama rasanya tak menulis. dalam hati memang gila memberontak nak luahkan semua di dada. tapi bila bukak je dashboard blog..tiba-tiba hilang. Hilang entah ke mana aku sendiri pun tak tau. Kisahnya masih ada di sudut hati tapi laluan untuk meluahkan semuanya tiba-tiba jadi kabur dan akhirnya tak nampak. aneh. Barangkali hati belum rela nak luahkan semua. lebih selesa disimpan rapi di dalamnya. Akibatnya..hati sakit.ambikk!!!!!

hai readers, i'm back :)
Hari ni aku nak share teori baru yaang aku cipta sendiri. sapa nak ikut silakan...kalau tak suka..lupakan.. Tajuk entry kali ni adalah cara-cara nak handle perasaan sakit hati kt kawan kita. bunyinya macam formal dan membosankan tapi perluu untuk dibaca. nak-nak pulak kalau anda memang tengah sakit hati dengan kawan anda.hahaha,.,

TEORI 1 : GiVE a BIG SMILE kepada kawan anda yang sangat suka menyakitkan hati tu. hey!! tak tau ke cara nak senyum tu. meh sini nak tunjuk cara senyum yang betul dalam mengatasi manusia yang sangat menyakitkan hatii tu.  Relevan teori ini adalah si dia akan berasa sangat pelik melihat kita tersenyum sedangkan dia merasakan dia cuba menyakitkan hati kita? lalu dia mendefinisikan kita sebagai GILA. bagus apabila teori ini digunakan kerana selepas ini tiada lagi orang yang berani cari pasal dengan orang gila seperti anda.hahaha..selamat mencuba!!!

TEORI 2 :  KETAWA kuat-kuat.. Teori ini sangat mudah. tiap kali anda rasa bengang dengan orang itu anda perlulah ketawa kuat-kuat seperti ini. "HA HA HA". Okey, sila ketawa sekali lagi. "HA HA HA"..yeahh..begitu caranya. Bayangkan saja si dia yang menyakitkan hati anda itu seperti badut yang sedang berlawak. tukarkan saja benda yang menyakitkan hati itu seperti menonton raja lawak. Setel!.hahahaha..

TEORI 3 : SABAR dan POSITIVE. yang ni teori yang aku ambik dari jiejieku yang bernama Farah. Jiejie selalu pesan dengan aku..SABAR dan always positive. Seriously, sangat berkesan cara ini.

TEORI 4 : Anggap saja si dia yang suka menyakitkan hatii itu seperti kanak-kanak 3 tahun yang mahu dilayan selalu. hmm..layan jela..

okey, CAKAP MEMANG SENANG NAK BUAT MEMANG SUSAH.

MOHON PADANYA MOGA HATI MENJADI TENANG.AMIN...

FROM 1 TO 7

hye readers :D

1st
cantik tak blog saya? background baru nama baru. No more MENGINTAI KE LANGIT..huhu..tiba-tiba rasa sedih bila MENGINTAI KE LANGIT dah dilupuskan. wah! DILUPUSKAN? kejam bunyinya di situ. :]

2nd
setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara yang mengedit blog saya ini iaitu TAJUL HIDZUAN. Dia memang kreatif benda-benda camni.hehe..cantik kan background baru saya? tapi background lama yg dicreate saudari XANA MARIYAH dulu pun cantik jugak.. Dua-dua saya suka :) i'm  lovin' it!!

3rd
esok jam 3 petang kami semua team BMB5Ac akan terbang ke sebuah pulau yang terkemuka iaitu PULAU PINANG. Trip ke INDUSTRIAL COURT. Bukan kami yang akan dibicarakan tapi kami nak lihat orang lain kena bicara. Dup dap dup dab..nerves ni!!haha..

4th
semalam saya makan  banyak giler. 2 pinggan nasik, 2 ketul donut, 1 roti, 6 nugget, lokchin, kerepek pisang, sebungkus sirap, secawan air masak, secawan mineral, secawan limau ais. Masalahnya sekarang ni saya lapar lagi walaupun dha hadap bertong-tong makanan semalam. hairan!! mana p makanan tu semua?

5th
alhamdulillah..banjir dah surut. pelik jugak nape kat Tv dok cakap banjir makin teruk. motifnya? haishh..xtau la. kena tanya pihak tv tu la. saja nak bagi berita jadi lagi menarik kot.

6th
saya dah dapat tempat untuk internship. :D

7th
saya dah beli DVD jurassic park as request by si Aiman Syahmi tu. Hg tengok puas-puas na..habis acu gadai emas permata semata-mata nak   belu CD kat hg tau dak? (haha..saja bagi aiman rasa berssalah.huahuahuaa)

sekian saya melaporkan kisah ringkas saya beberapa hari ini. Terima kasih :)



blog ini under maintenance..


the memory come again.
its cross my mind.
again and again.
hey memory!!.
please go away from me.
go away from my mind.

one liter of tear..



hye readers!!
aku baru setel basuh baju ni. Mood : sangat penat (pelik kenapa penat sedangkan basuh guna mesin). ha ha ha.. mengada bukan?

entry kali ni aku tujukan khas untuk insan yang bernama Norzaidah binti Mad Daud iaitu aku.ha ha ha..cewah3..motif la sangat. bak kata seorang blogger yang bernama T.H suka hati la "BLOG NI AKU YANG PUNYA"..so suka hati aku la nak tulis apa. ha ha ha (gelak robot)

Hari ni aku nak buat beberapa ucapan dan pesanan kepada diri aku sendiri iaitu :

Pertama : .........................
Kedua : ............................

arhhhh!! idea takdak. ngantok melampau. tidoq lu sok tulis lain. G.nite!!!



lokasi : rumah sis ashiela
masa : 8.49 pagi

wah!! nyamannya pagi ni.. Tgh tgk sis tido. Dia tdo lewat semalam. Kesian sis sbb tido kt simen..i tido kt tilam dia. Sis cakap k.zai tak tahan sejuk simen, kite suke dok atas simen. wahh! kejamnya k.zai tdo atas tilam sis.. k.zai dah ajak sis share tp sis xnak. Sis kata dia suka dok bawah..sejuk.. sis ni..lain kali xnk tdo umah sis dah la. Rasa mengganggu plak..huhu.. btw, thanks ya sis . love u!!

next, kul 10 da kelas. Baju masih belum di iron..cari iron tak jumpa. Nk kejut sis kesian la pulak..camne ni ek?

malam ni ada test, i tak study ape pun lagi. Oh God..i feel so stress. Cannot handle it well anymore. i wanna go home.. leave this place untuk sementara. i know..if dpt jumpa mak & family.. i will be alright. huhu..




RASAMU JUA RASAKU

welcome! welcome! welcome!

Nampaknya dua kawan aku telah berkecimpung dalam bidang memBLOG ni iaitu Moja & ANis..yeahh!! Jadi saya tanpa segan silu dan ragunya nak ucapkan SELAMAT DATANG BLOGGERS..hehehe..

Kenapa saya cadangkan anda berdua ada blog?

1) Kalau kita sama-sama da blog baru la leh geng.kan kan?heee...

2) Tahukan anda blog adalah satu platform untuk kita meluah rasa. Meluah rasa di sini merujuk kepada melontarkan suara hati seikhlas-ikhlasnya, mengexpressikan rasa di jiwa sedalam-dalamnya. Tetapi haruslah diingat supaya anda berhati-hati..jangan luahkan sesuatu yang mengentuh sensitiviti orang lain. Jangan sebab pulut santan binasa sebab blog diri binasa. Harap awak semua faham ye di situ..hehehe..


Sekian..welcome to the club!!

Lontarkan saja apa di jiwamu..luahkan saja hasrat hati itu..kerana hanya kau yang tahu rasa sebenar hatimu. Menulislah dan terus menulis kerana  mungkin jua rasamu jua rasaku...

...PERANGSANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

HAI ! HAI ! HAI !

Wah..sangat bosan rasanya petang ini bila sendiri terdampar bak dugong di dalam kamar..buruk benor rupanya. So, bila dah sorang-sorang ni kepala otak pun mula la nak berangan-angan. Terlebih sudah...hehehehe.... Cuaca kat luar tu mendung. Semendung hati mamatermuda. Wow! jiwang sesangat la cik mama ye~

Alkisah aku sangat-sangatlah homesick sekarang ni. Sepatutnya homesick time awai-awai masuk u dulu..ini dah terbalik..time final sem ni pulak rindu menjadi-jadi. Dok terbayang je wajah Puan Halimah.. memang parah kali ni. Ikutkan hati dah lama fly ke kampung. Tapi disebabkan tanggungjawab dan tuntutan sebagai pelajar aku gagahkan jua. Cobaan...

Jadi aku nak mendeklamasikan satu sajak nukilan kawan aku yang bernama Salmi yang bertajuk "PERANGSANG"..

Tibanya aku di sini
Mencari selautan ilmu
Terpisah dari keluarga
Berdikari di sini

Sepi tak terkira
Keseorangan mencari jalan
Mulalah muncul "Dia"
Yang sudi menjadi teman

Kesepian kian susut
Kegembiraan muncul kini
Namun kerinduanku tidak hilang
Merinduimu

Ibu
Doakanlah kejayaanku
Lawatlah aku di sini
Untuk meneruskan perjuangan

-tamat-

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

There was an error in this gadget

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me

Waktu sekarang

Menarik

Klik !