Hye Readers, Kepada yang tak tido lagi tu buat ape? Kepada yang sedang tido tu mimpi ape? (kalau tido mana mungkin dia bisa menjawab soalan aku nih! haishh...Teringin aku nak menulis lagi ni dah lama berlubuk kat hati ni. Macam-macam nak tulis. Tapi dek masa yang tak  megizinkan aku simpan dulu dalam kotak hati ni. Simpan dan simpan sampai bertepuk dalam dada. Hapak baunya! haha..

Alkisah aku dah habis praktikal 20hb October lepas. Banyak pengalaman yang aku timba kat sana. Ada la dalam 16 timba. Betul la kata orang, pengalaman buat kita matang dan kata  aku pengalaman buat kita tenang menghadapi hari yang mendatang.Biar taufan halilintar datang menyerang, insyaallah..kita pasti boleh hadapi dengan senang dan nampak jalan yang terang. 5 bulan dok kat Kota Metropolitan tu buat aku makin yakin yang manusia ni memang unik. Macam-macam kerenah,  pelbagai keletah. Tak kira yang muda, yang separa muda dan yang tua semua ada character masing-masing. Yang muda ada yang perasan cukup hebat nak kritik yang tua. Kot ye pun yang tua salah, kena la tegur dengan cara yang paling best dan tak melukakan. Almaklumlah, org lama ni sensitive sikit. Yang tua pulak pantang ditegur, mula darah tinggi. Tak cukup dengan tu ada jugak yang tua yang act macam remaja. Adeh...geli ketiak aaku tengok. Kubur kata mai3, rumah kata syuhh2..tak jugak sedor. Apa boleh buat..kita doalah ye moga kita semua dapat hidayah darinya. Amin..

ha..tu baru introduction dari aku. Alkisah aku sangat la stress skarang ni memikirkan research aku yang dah sangkut kt pokok ketapang ni. Bila dah sangkut susah nak kait balik. Perlukan tenaga dan usaha untuk tarik balik apa yang tersangkut dan kembali ke pangkal jalan. Jap! kembali ke pangkal jalan atau teruskan perjalanan? pangkal kena betul baru boleh teruskan perjalanan mencari kesempurnaan. Oh..Aku perlukan galah  untuk kait. Galah perlu panjang dan kuat untuk kait. Perlukan galah yang sesuai supaya senang nak tarik apa yang tersangkut.
atau?
aku kena panjat pokok tu untuk dapatkan apa yang tersangkut? Hati-hati memanjat takut tergelincir & Gone...

Masa dah makin suntuk tapi aku masih lagi kat sini. Berusaha mengait apa yang dah tersangkut. Panjat? Aku gayat!huhu..Tolonglah..aku stress :'(