Hujan
Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
hujan dilaporkan di kawasan lembah impiana.lebat sekali..maka mataku mula kuyu dan layu ..menandakan aku sgt mengantuk. semua ni gara-gara tgk citer KUM KUM smlm..(citer hantu ye)... akibatnya aku berjaga sepanjang malam...
apakah definisi hujan?hahaa..tibe2 je nak tau. merujuk kepada WIKIPEDIA, Hujan merupakan satu bentuk kerpasan, seperti salji, hujan air batu, embun dan kabus. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga. hahaa...
hujan juga telah diperibahasakan. contohnya : HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI..LEBIH BAIK DI NEGERI SENDIRI...ha...ape maknenye? sila rujuk buku peribahasa ye kawan2..bila sebut psl peribahasa teringat seorang wartawan terkenal KARAM SINGH WALIA... setiap repot yg dilaporkan beliau pasti diselit dgn peribahasa. ada yg berunsur serius, kelakar dan kadang2 mengarut bunyinya.hahahaaha..pakat ketawa la kita tiap kali mendengarnya. aduhai sayang,,kita sedang mentertawakan diri kita..diperli oleh beliau yg bukan berbangsa melayu. malu. dan beliau bukan sesuka ht sesedap mulut meyebut peribahasa tersebut. semuanya peribahasa dr sebuah buku peribahasa lama yg dijumpai semasa membuat pengambaran. di tapak pelupusan sampah. tgk!! buku dibuang2 camtu je..ilmu tu!!
HUJAN juga boleh disignificantkan sbg AIR MATA.. kadang2 orang menangis dalam hujan..kononnya nak menyembunyikan air mata yg turut mengalir..nak pulak yg putus cinta. meraung dlm hujan org x perasan kan?hehee...
hujan dah berenti..malas menaip lagi..mood menulis tentang hujan dah hilang bila hujan dh berenti.haha..
sekian
-end-
0 comments:
Post a Comment