MENGINTAI KE LANGIT..

ku mendongak ke awan mencari bulan di siang hari.. bisakah aku temui??

hapuslah air matamu~

hye.
amacam tajuk entry kali ni?
haha.ala2 lagu sh.Aini lagi tu.
motif?


camni.
alkisah saya rasa sedih sekarang ni.
rasa nak teriak ja.
sedih.emo.touching habis.
terasa diri ini sangat mengada.
kenapa jadi camni?
semuanya kerana C.I.N.T.A
haha :)


cinta bisa buat kamu ketawa
cinta jugak boleh buat kamu berendam air mata.
make your choice sayang
mahu tawa atau air mata?
hapuslah air matamu
lallalaa..

end-



 

as-salam
mamatermuda come back. hehehe.. :D

dah lama rasanya tak meluah rasa. Dan hari ini aku terpanggil untuk menaip & menaip lagi. Di tambah plak dengan suasana sejuk sambil mendengar titisan hujan menghempaskan dirinya di bumbung taratak kami. (hakikatnya sangat panas sekarang ni) wah! feeling habis nak mengarang..hahaa..ngadenye sy~ 

okeh!!
Tadi da jumpa puan Rozie..& she said there is a problem with Moscow. Aduh!! moral down terus. Then, aku ditemani jiejieku mencari alternative baru tanpa mengharap sangat dengan Puan Rozie. Puan Rozie pun banyak keje..xkan dia nak kena pikir hal internship aku ni je kan? so..aku & jiejieku mengambil langkah mencari alternative baru. First of all, Thanks jiejieku, Farah Zulkifli :)

Lokasi yang dituju adalah office Encik Kamsol. Dalam perjalanan terserempak plak dengan Sir Azizan & Puan Rozie. Puan Rozie mintak tolong sir Azizan cari tempat untuk aku. & sir said! yes! i will help. lega sikit.... (Sir tanya Brunei nak x?


then, kami melangkah lagi.. tiba-tiba mata terpandang pada satu nama "Professor Madya Amran Awang".. Lecturer Research aku dulu. ehee.. (sangat takut dgn sir sebenarnya.haha)
tiba-tiba IDEA!! jiejie cakap why dont we ask his opinion?? yeahh!! we should ask him.
toktoktok!! as-salam sir..r u free sir? May we have consultation with u sir? 
yes u may..
so..kami pun mintak la opinion beliau & tanya kot-kot sir nak recommend mane2 company. & positive!! I can recommend u UK coz i have a lot of friends there. (now my hope kembali berbunga-bunga) & please join my group ya coz i have  a lot of friends there that may help u for internship. 
okeh!! balik je rumah..on Laptop & join the group with full of hope. Now, i am a LinkedIn member~


Next week nak jumpa sorang lagi iaitu Prof Wawi. Harap-harap sangat dapat pertolongan dari Prof.
hiashh...semuanya aku nak mintak tolong kan? bukan nak usaha sendiri. eh!! ni bukan mintak tolong je tapi orang panggil STRATEGY!! kan kan?


seriously kepala otak aku sangat pening sekarang ni. Dr. Nik plak suh aku send borang tu cepat-cepat kat dia. oho..saya sangat pening sekarang ni.


sekarang saya nak release my stress. Saya rasa nak keluar dari tempat ni. nak pergi satu tempat yang takde orang kenal saya. Aku mahu sendiri!! Jadi..aku nak keluar jalan-jalan sorang-sorang ke Kangar. Leh cari purse yang dah terkoyak rabak tu. Baru je beli dah rosak. Nampak sangat tak berkualiti. Itula..kakcik suh beli yang mahal sikit tak mau. Jimat la konon..ni baru dua minggu dah kena beli baru. same jela kan? Haishh..sabor jela..time ni la dia nak koyak pun. Jadi aku nak keluar hari ni dan beli purse baru. nak cari purse cam kakcik..5tahun guna pun elok lagi. Tak cedera pun.. so! moral of the story belilah barangan yang berkualiti. Mahal sikit pun takpe asalkan tahan..



haipp!! aku dah lari dari tajuk perbincangan. maklumla..bila dah pening mula la cakap merepek. oh no..i feel  i'm useless skarang ni. why?? coz I cannot handle myself well now..huhuu..



okey, sy nak kuar dah ni. ada yang nak teman x?..
(aku tak mengharap pun ada yang teman sebab sy tau semua orang busy skarang ni)

so! good bye :D


quote for today:
Walau ape keadaan sekalipun..ingat..Hanya Dia yang boleh tolong kita. Mintak kat Dia..kerana Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Berdoalah! :)

as-salam~
hye all..have a nice Saturday :)
pertama sekali sila ignore background music ye. Sebab entry kali ni bukan entry sedih. ok?

lets start!!
Kata orang peluang datang sekali je
Kata orang kadang-kadang peluang akan datang 2 3 kali
Kata orang jugak kadang-kadang kita memang takkan dapat peluang tu.
hmm..i'm thinking....
my dream is to further my MBA kt overseas. & i dah lupakan impian tu atas sebab-sebab tertentu. Yesterday, i went to Puan Rozihana office (HRM coordinator). Then, she told us (Lily, Farah,Amalia, me) about internship program at Moscow, Russia. Puan Rozi dah carikan tempat pun. Sincerely speaking, i am very interested with the offer. Puan Rozi cakap, if i betul2 berminat, g jumpa Dr.Nik & ask for details.. okeh! 

hasil pertemuan dengan Dr. Nik:
1) U will get monthly allowance
2) Flight will be sponsored
3) Just prepare extra money, & pakaian etc

then, g jumpa Puan Rozi lagi. Puan cakap dia dah ada tempat kat sana. Just go.. Dalam hati sangat2 la nak g..but MOSCOW? leh ke i adapt with the culture? Language? 

Pasal duit plak..cukup ke nak survive 5 months kat sana? my JPA scholarship cukup ke nak cover hidup aku 5 months kat sana? okeh! think think & think.. dalam account i da simpan about RM10000..maybe with the 10000 + JPA + internship allowance cukup kot.. eh! cukup ke? Kalau boleh takmo mintak duit mak langsung.

Puan Rozi cakap, this Monday g ambik borang & isi! Tapi tanya parents dulu. Yesterday..dah call mak pun. Cakap nak wat practical training kat overseas. & she said. OKEY, Mak izinkan. unbelievable.. Nape tiba-tiba mak izinkan ni??

last night, search pasal Moscow. Tengok-tengok gambar.. Memang cantik.. tapi jauh sangat.. or i should go nearest country je. Brunei? Indonesia? Singapore? ya.. i think thats better.

kata orang nak buat decision memang susah
kata orang ada dua je possibility : RIGHT or WRONG decision

saya sangat dilema sekarang ni. Banyak benda nak kena pikir. Okeh!! ape kata JUST GO? or JUST LET GO?
ohoo..friend, what should i do?
should i grab the opportunity?

thinking~

Moscow, Russia





As-salam...hye bloggers..hye readers.. :)

nice tak tajuk entry kali ni? entry memujuk hati sendiri.. bila hati berduka..bila hati mahu berbicara..laptop usangku dihidupkan..dendangan lagu-lagu tangkap leleh dipasang.ambik mood nak menulis katakan.hahaha.. Ya, aku mahu menulis..aku mahu jadi HR person yg menulis.lalalala...

Alkisah camni..aku sedang merajuk dengan diri sendiri sekarang ni. Merajuk sebab aku selalu mengabaikan perasaan sendiri dan selalu memikirkan orang lain.  So, aku selalu lepaskan ape je yg sepatutnya jadi milik aku dan bagi kat orang lain. Yang paling tak best tu orang tu tak ucap terima kasih pun .hishh...sentap!!

Perkara yang paling teruk aku dah buat ri ni adalah aku sanggup meng"heartbroken"kan hati orang yg paling rapat dengan aku..orang yang paling sayangkan aku demi orang lain. waahh!! very bad mamatermuda! Kononnya aku nak jaga hati orang yang satu pihak lagi. Sekali tipah tertipu da..hishh!! geramnyaaaaa dgn diri sendiri.

Setelah menyedari kesalahan aku yang dah melukakan hati Encik Brokoli (saje letak nama brokoli sbb tgh makan sayur tu skang ni..hahaha), maka aku pun memohon maaf kepada beliau. Tapi dalam hati rasa sangatlah bersalah..ohoo..dislike2. Dia cakap dia dah maafkan tapi tetap rasa  tak puas hati dengan diri sendiri. So mintak maaf banyak2 lagi ngan beliau. Lalu beliau berkata... "saya pun dah banyak2 kali bg maaf kat awak. sampai nak habis plak.heee" .. aku pun menjawab, "saya memang nak habiskan semua maaf awak tu supaya lain kali sy takut nak wat salah dah. sbb maaf awak dah habis".. hohoh...maksud aku aku akan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama sebab tiada lagi maaf bagimu kalau wat salah next time.hehee... :)

Jadi kepada Mr.Brokoli, saya nak buat ucapan kat awak :

up! (angkat tangan cam baca ikrar)

saya, Norzaidah binti Mad Daud..ingin memohon maaf dari anda atas semua kesalahan saya selama ini. Saya, ingin mengucapkan terima kasih kerana sentiasa support perjalanan hidup sy selama ni.hehehehe..(senyum kerang ni). Walau pun senyum ni busuk..sy ikhlas ok!
sambung balik..saya, berjanji akan cuba untuk tidak terlalu memikirkan perasaan orang lain sangat kerana tetapi sy akan memikirkan perasaan saya sendiri dan semestinya perasaan awak. Dan ketahuilah bahawa saya sangat sayangkan awak. (feeeeeeewwwwitttt..pengakuan berani mati).

down! (turun tangan)

setiap detik tawa kita..setiap gurauan berjenaka..sekadar menghiburkan hati yang terluka.!

ku akan membahagiakan hatimu sayang~feewwitt!!



AKU JIWA KACAU

HATI MEMBERONTAK
NAK BALIK!!!
TINGGALKAN ARAU SEGERA!!
NAK BALIK........................

PAHIT ITU PENAWARNYA

syukur alhamdulillah dapat bangun lagi hari ni. Berpeluang lagi sujud di tikar sejadahmu..berpeluang lagi menghirup angin indah bumi arau. setiap hembusan nafas yang cukup indah pagi ini.

thats it!! aku sudah over melemparkan ayat2 puitis pembuka entry kali ni.hehee..kejap lagi kul 8 ada kelas ye tuan2 dan puan2. Kelas Puan Rozihana..Industrial Relations..ohoo.. Sementara tunggu turn bilik ayaq, aku memilih untuk ON laptop usangku lalu menaip dan terus menaip.wah!! kan bagus kalau kerajinan ni diconvert kepada menaip assignment yang melimpah ruah tu. hohoo..agak kurang rajin di situ :)

kehidupanku..kenanganku..masa laluku..dan sekarangku. Setiap kenangan yang tercipta dalam hidupku sejujurnya mengajar aku menjadi seorang yang lebih matang atau dalam bahasa omputihnya MATURED.hehehe.. Menjadi si bongsu dalam keluarga sesuatu yang istimewa. Dilayan seperti si bongsu yang lain..atau dalam lain kata aku dilayan bak puteri. Bagai sang puteri..hehe.. Mintak la apa aku nak, insyaallah dapat..ohoo..matang ke camtu? Manja tak semestinya tak matang kan? chewah3.. (cubaan menyatakan diri ini matang.haha)

back to the issue~
Kenangan mengajar kita menjadi matang. Macammana nak jadi matang ek. Kadang-kadang kenangan tu terlalu pahit nak ditelan.ataupun terlalu manis untuk diminum. Jadi aku mencipta teori sendiri. 

TELAN SAJA KEPAHITAN TU. ANGGAP SAJA KENANGAN YANG PAHIT TU SEPERTI ULAM. bak kata mak aku bila beliau suruh aku makan ulam..MANIS JANGAN DISANGKA UBAT..PAHIT JANGAN DISANGKA RACUN. PAHIT TU LA PENAWAR SEBENARNYA.

Okeh!! dapat tak point yang nak disampaikan? Jadikan kepahitan tu sebagai penawar untuk kita terus jadi KUAT dan SIHAT. Kalau nak jadi kuat dan sihat secara fizikalnya..minum la MILO. Tapi kalau secara mentalnya?? fikir sendiri ek.haa..paham x ni?hehee.. (aku pun da tak paham sangat aku kata pa.hahaha)

sebenaqnya nak tulis pasal MAniS lak. tapi terbantut bila dapat message dari BFF jap td. ok..will be continue~

telan saja pahit itu! kamu akan sembuh sepenuhnya



 MEMPERKENALKAN!!! NORHASLINDA MAD DAUD
ni la kak linda saya. gambar ni 3 tahun dulu kot. takde gambar baru.hehe..
mengapa wajahh beliau terpilih untuk entry kali ni??? lets..check it out!! :D
   morning my fans..wahh33..permulaan cerita yang teruk bila mamatermuda perasan dia ada fans.hahaa..

assalammualaikum wbt...& have a nice day :)

    hari ni hari baru untuk aku. my new year. 7 Februari 2011; iSnin. Kenapa mesti hari ni? tah. xtau. Mungkin hari ni harinya untuk aku berubah. to be a better person.hehehe..

   bangun seawal 6.30 pagi ( takde la awal sangat pun sebenarnya.hehehe), terasa bahagia bila air yang sejuk itu menyentuh mukaku, membasuh tanganku dan pancainderaku..untuk mengadap yang satu. Dikala sujud di subuh hari..aku benar-benar terasa nikmat Illahi..Terima kasih yang Maha Esa yang telah membangunkan aku pagi ini. Untuk berjumpa denganmu lagi..untuk terus bangun dan melangkah meneruskan perjuanganku yang entah bila akan selesai. aku syukur padamu ya Allah.

    sesudah sujud padaNya..selesai berdoa..tiba-tiba otakku ligat..mata hatiku terlihat..telingaku terdengar kembali pesanan kakak sulongku, Kak Linda dua hari lepas. Masa tu kami ber6 berkumpul di teratak kasih bonda. Sedang bincangkan tentang upah haji untuk arwah Abah.. Kak pesan, "ingat adik-adik kak semua..takdak apa dah kita leh bagi kat abah selain doa anak yang soleh. Berdoala untuk abah"..huhu..hatiku tersedar, mindaku terbuka luas mengenangkan kata-kata kak. Aku tersedar yang selama ni kurangnya doa yang aku hadiahkan buat abah. Aku bukan anak yang soleh. Kesian abah menantikan doa dari anaknya ini. Ya Allah..aku insaf :'(

    kepada kak, tolong ingatkan adik Dah selalu ye. ye..aku memang perlukan kak untuk sentiasa ingatkan aku.. thanks kak sebab ingatkan aku, menyedarkan aku. Terasa diri ni cam orang baru plak hari ni.hehee.. harap-harap ni semua bukan hangat-hangat taik ayam je. Insaf sekejap, sok buat perangai lagi. hoho..so bad Norzaidah!!

buat kak Linda..terima kasih kerana menyedarkan..terima kasih kerana tolong ingatkan..


lots of love from your little sister
(Norzaidah Mad Daud)



ceria dalam gundah
senyum dalam derita
sebagai pelindung kedukaanku~

tak puas hati!!

mengintai ke langit..mendongak ke awan..mencari bulan di siang hari..bisakah aku temui..

as-salam..hye friends..hye readers..hye Malaysian.it's me.mamatermuda kembali bersama new entry. hari ni nak citer sedih ke nak citer gumbira ek?heheeehhee..(sambil sengeh cam kerang wangi-aku xpuas hati dgn kerang kat Padang Kota, mahal tp tak fresh!!!huh!)

will be continued...***tido**



aku over acting

orang lain yang berpisah
aku yang menangis..
mamatermuda over!!
:'(

dia selalu buat saya bahagia


saya sayang dia :)

Sesakkan Trafik Anda Di Sini

Facebook Badge

https://www.facebook.com/profile.php?id=100002776172427

About this blog

Ku lakar sebuah kehidupan...ku coret dalam tulisan :)

Pageviews

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My Photo
norzaidah
selama, perak, Malaysia
berkongsi rasa melalui penulisan..
View my complete profile

ShoutMix chat widget

autumn in my heart

Melancholy - Sad piano_violin music


Powered by mp3ye.eu

Its Me

Its Me


Waktu sekarang

Menarik

Klik !