MEMPERKENALKAN!!! NORHASLINDA MAD DAUD
ni la kak linda saya. gambar ni 3 tahun dulu kot. takde gambar baru.hehe..
mengapa wajahh beliau terpilih untuk entry kali ni??? lets..check it out!! :D
   morning my fans..wahh33..permulaan cerita yang teruk bila mamatermuda perasan dia ada fans.hahaa..

assalammualaikum wbt...& have a nice day :)

    hari ni hari baru untuk aku. my new year. 7 Februari 2011; iSnin. Kenapa mesti hari ni? tah. xtau. Mungkin hari ni harinya untuk aku berubah. to be a better person.hehehe..

   bangun seawal 6.30 pagi ( takde la awal sangat pun sebenarnya.hehehe), terasa bahagia bila air yang sejuk itu menyentuh mukaku, membasuh tanganku dan pancainderaku..untuk mengadap yang satu. Dikala sujud di subuh hari..aku benar-benar terasa nikmat Illahi..Terima kasih yang Maha Esa yang telah membangunkan aku pagi ini. Untuk berjumpa denganmu lagi..untuk terus bangun dan melangkah meneruskan perjuanganku yang entah bila akan selesai. aku syukur padamu ya Allah.

    sesudah sujud padaNya..selesai berdoa..tiba-tiba otakku ligat..mata hatiku terlihat..telingaku terdengar kembali pesanan kakak sulongku, Kak Linda dua hari lepas. Masa tu kami ber6 berkumpul di teratak kasih bonda. Sedang bincangkan tentang upah haji untuk arwah Abah.. Kak pesan, "ingat adik-adik kak semua..takdak apa dah kita leh bagi kat abah selain doa anak yang soleh. Berdoala untuk abah"..huhu..hatiku tersedar, mindaku terbuka luas mengenangkan kata-kata kak. Aku tersedar yang selama ni kurangnya doa yang aku hadiahkan buat abah. Aku bukan anak yang soleh. Kesian abah menantikan doa dari anaknya ini. Ya Allah..aku insaf :'(

    kepada kak, tolong ingatkan adik Dah selalu ye. ye..aku memang perlukan kak untuk sentiasa ingatkan aku.. thanks kak sebab ingatkan aku, menyedarkan aku. Terasa diri ni cam orang baru plak hari ni.hehee.. harap-harap ni semua bukan hangat-hangat taik ayam je. Insaf sekejap, sok buat perangai lagi. hoho..so bad Norzaidah!!

buat kak Linda..terima kasih kerana menyedarkan..terima kasih kerana tolong ingatkan..


lots of love from your little sister
(Norzaidah Mad Daud)